Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M’sia, Indonesia turut mula puasa esok

Umat Islam di Malaysia dan Indonesia mula berpuasa esok (17 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
M’sia, Indonesia turut mula puasa esok

(Gambar: AP/Joshua Paul)

Diterbitkan : 16 May 2018 07:46AM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

BERNAMA: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 17 Mei 2018, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ketika membuat pengumuman itu, beliau berkata bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari tersebut menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam (15 Mei).

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan melihat anak bulan Ramadan pada petang semalam di 29 lokasi penting di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Dalam pada itu, umat Islam di Indonesia juga akan mula berpuasa Khamis ini dengan Kementerian Agama Indonesia menyatakan bahawa tarikh tersebut bersamaan 1 Ramadan 1439H.

Penetapan itu turut dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Lebih 85 peratus daripada penduduk Indonesia yang berjumlah 260 juta, beragama Islam.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan