Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 4 video Hari Raya 2018 yang mesti anda tonton

Saban tahun rasanya suasana ‘Hari Raya online’ kurang lengkap tanpa video-video kreatif yang dimuat naik ke media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 4 video Hari Raya 2018 yang mesti anda tonton

(Gambar: petikan dari video)

BERITAMediacorp: Saban tahun rasanya suasana ‘Hari Raya online’ kurang lengkap tanpa video-video kreatif yang dimuat naik ke media sosial.

Video-video tersebut lazimnya menarik perhatian disebabkan mesej-mesej kreatif dan nilai-nilai kekeluargaan serta kemaafan yang cuba diterapkan ke dalam diri sesiapa sahaja yang menontonnya.

Ada yang menggamit memori, menyayat hati dan ada juga lucu serta comel. Tahun ini, tidak terkecuali. Jika anda berasa sudah terlalu banyak video sehingga tidak tahu mana yang harus ditonton dahulu, berikut kami senaraikan empat video Hari Raya yang mesti anda tonton:

1) BISIK HATI MAK

Adakalanya bisikan hati kita salah tanpa disedari. Ini menyebabkan perselisihan faham antara sesama kita. Begitu juga apa yang berlaku antara Ruby, seorang muallaf, dan ibu mentuanya.

Ruby dan suaminya mengajak ibu mentuanya beraya di rumah mereka di Kuala Lumpur. Namun keadaan berubah menjadi tegang apabila ibu mentuanya berasa seolah-olah tidak disukai oleh Ruby, yang sering dilihat marah-marah dalam bahasa Mandarin.

Apakah kesudahan Aidilfitri mereka? Adakah benar Ruby tidak menyukai ibu mentuanya atau ia sekadar bisikan hati yang silap? Saksikan video yang boleh buat anda menitiskan air mata ini...

2) RUMAH EPIK FANTASTIK

Meriahnya beraya dengan keluarga besar. Itulah yang dapat dirasakan menerusi video Rumah Epik Fantastik ini. Iklan oleh syarikat Malaysia Tenaga Nasional itu menunjukkan suasana berhari raya di kampung yang pada hari biasa seolah-olah sempit, tapi berlainan pula keadaannya apabila tiba Hari Raya.

Gamat, penuh dan riuh-rendah seisi rumah sebaik tibanya, mak long, mak ngah, abang Man dan yang sewaktu dengannya. Melihat gelagat keluarga remaja bernama Arif itu, tentu akan mencuit hati anda.

Yang pasti, riuh-rendah bersama keluarga akan mengundang seri pada Hari Raya. Ikuti kisah Arif yang menyifatkan Raya keluarganya sebagai ‘havoc’, ‘ajaib’ dan ‘epik’.

3) TANDA KASIH

Ini iklan Hari Raya yang boleh membuat air mata anda bercucuran. Iklan oleh syarikat hartanah Malaysia, Uda Holdings Berhad dan Uda Property ini membawa mesej bahawa perjalanan hidup seseorang akan lebih bermakna apabila dikongsi bersama insan-insan tersayang.

Iklan ini mengisahkan tentang Sofyan, lakonan pelakon handal Que Haidar. Beliau adalah seorang arkitek berjaya yang begitu sibuk dengan kerjayanya. Namun ini membuatkan Sofyan menyesal tak berkesudahan.

Hari Raya tahun ini, beliau pulang ke kampung dengan dirundung kesedihan. Saksikan sendiri video ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

4) KURUNG

Video hasil pengarah muda Singapura ini berkisar kepada sepasang ibu dan anaknya, Samad, yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Pada malam Raya, anaknya keluar rumah untuk ke bazar untuk membelikan tudung Raya buat ibunya. Namun, sehingga keesokan harinya pada pagi Raya beliau masih tidak pulang. Sebaik tiba di rumah selepas solat Hari Raya, ibunya menerima panggilan telefon yang mencengkam jiwanya lalu bergegas untuk berjumpa anaknya.

Video ini dihasilkan Echo Entertainment SG dengan kerjasama Our SG Funds dan inisiatif Dadah Itu Haram. Apakah yang terjadi kepada Samad? Adakah beliau dapat beraya bersama ibunya? Terus saksikan video ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan