Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas, kereta api bertema Hari Raya temui penumpang mulai hari ini

Bertemakan ketupat dan bulan sabit, ia menghiasi dua kereta api. Iaitu, satu bagi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat, manakala satu lagi bagi laluan Downtown.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai hari ini (8 Jun), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan pengendali pengangkutan awam SMRT dan SBS Transit melancarkan kereta api dan bas bertema Hari Raya.

Bertemakan ketupat dan bulan sabit, ia menghiasi dua kereta api. Iaitu, satu bagi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat, manakala satu lagi bagi laluan Downtown.

Tambahan lagi, lima bas bertema juga akan melalui estet perumahan seperti Geylang Serai serta Ang Mo Kio, Jurong East, Tampines dan Toa Payoh, untuk membawa keceriaan perayaan ke kawasan kejiranan.

Bas bertemakan Aidilfitri (Gambar: LTA)

Majlis pelancaran kereta api bertemakan Hari Raya itu diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef.

Beliau menaiki kereta api berhias itu dari stesen Pasir Ris ke stesen Paya Lebar. Stesen Paya Lebar turut diberi sentuhan hiasan bertemakan Aidilfitri.

PELUANG MENDALAMI PERSEFAHAMAN

"Ini adalah suatu inisiatif yang baik bukan sahaja untuk bulan Ramadan atau Hari Raya tapi juga untuk sambutan Deepavali ataupun Hari Raya Cina," ujar Dr Fatimah Lateef berhubung hiasan Hari Raya dalam sistem pengangkutan awam tempatan itu.

"Kita boleh menggunakan wadah ini sebagai satu lagi wadah untuk mendalamkan lagi persefahaman orang tentang perayaan yang akan datang dan juga motif-motif yang digunakan."

Seorang penumpang, Cik Jivita Wazir Singh berkata: "Saya juga ada banyak kawan Muslim. Saya pergi ke rumah mereka mereka. Hiasan di sini juga seperti di rumah-rumah, semuanya cantik."

"Bagus, cantik dan banyak berwarna-warni macam pelangi khususnya kalau orang rasa tertekan, bila tengok macam gembira kerana warna pelangi, macam-macam ada," ujar seorang lagi penumpang, Cik Churiah.

Hab Pengangkutan Bersepadu dengan hiasan bertemakan Aidilfitri (Gambar: LTA)

Buat pertama kalinya juga Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) di Bedok dan Boon Lay turut diwarnai dengan hiasan Hari Raya "untuk menyemarakkan lagi semangat musim perayaan". 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan