Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 sekawan Maktab Rendah Tampines ceriakan kehidupan kanak-kanak melalui "Grant A Wish"

Sikap ingin membantu dan memberi menjadi pendorong kepada masyarakat Islam setempat untuk melancarkan inisiatif dari bawah bagi meringkan beban golongan susah.

Anggaran Waktu Membaca:
5 sekawan Maktab Rendah Tampines ceriakan kehidupan kanak-kanak melalui "Grant A Wish"

Hadiah yang terkumpul untuk membawa keceriaan kepada kanak-kanak.

SINGAPURA: Sikap ingin membantu dan memberi menjadi pendorong kepada masyarakat Islam setempat untuk melancarkan inisiatif dari bawah bagi meringkan beban golongan susah.

Salah satu inisiatif merupakan usaha mengumpul hadiah dan habuan untuk menceriakan kanak-kanak dan remaja yang dijalankan oleh Kelab Ramadan "Grant A Wish" (RGAW).

Kelab yang ditubuhkan lima sekawan bekas pelajar Maktab Rendah Tampines itu berjaya mengumpul lebih 200 hadiah dan habuan bernilai $5,000.

Habuan akan diagihkan kepada lebih 90 kanak-kanak dan remaja dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis dan Pusat bagi Wanita dan Belia Perempuan Pertapis pada 2 Jun nanti.

Malah tema kempen Sentuhan Ramadan tahun ini - "Rahmah Bermula Dari Saya", juga menjadi pendorong bagi RGAW melaksanakan projek yang dijalankan bagi tahun kedua ini.

"Sentuhan Ramadan tahun ini mengajak kita untuk membuat sesuatu untuk masyarakat dengan perasaan kasih. Jadi, saya rasa ia sejajar dengan apa yang kita buat sekarang ni - Sentuhan Ramadhan tahun ini menyuruh kita untuk membuat sesuatu untuk masyarakat dengan perasaan kasih," kata Cik Azizah Rabunam yang merupakan seorang anggota Kelab Ramadan "Grant A Wish".

Beliau menambah: "Saya juga rasa ia selari dengan apa yang kita buat sekarang kerana kita ingin mendekati kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka dan mereka yang tidak di bawah jagaan keluarga sepenuhnya." 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan