Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam M'sia, Indonesia pun sambut raya 25 Jun

Selain di Singapura, Aidilfitri turut diraikan oleh umat Islam di negara jiran, Malaysia dan Indonesia pada hari Ahad (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam M'sia, Indonesia pun sambut raya 25 Jun

Rakyat Indonesia menunaikan solat Aidilfitri di pelabuhan Sunda Kelapa di Jakarta. (Gambar fail: AP/Dita Alangkara)

Diterbitkan : 24 Jun 2017 11:04PM Dikemas Kini : 24 Jun 2017 11:06PM

BERITAMediacorp: Selain di Singapura, Aidilfitri turut diraikan oleh umat Islam di negara jiran, Malaysia dan Indonesia pada hari Ahad (25 Jun).

Di Malaysia, pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Berikut pengumuman beliau: "Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 25 Jun. " katanya.

Sementara itu, di Indonesia pemerintah negara itu melalui Kementerian Agama memutuskan 1 Syawal 1438 H jatuh pada 25 Jun.

"Atas dasar laporan tersebut seluruh peserta sidang isbat sepakat bahawa malam ini sudah masuk 1 Syawal 1438 H," ujar Encik Lukman Hakim semalam (24 Jun).

"Dan demikian mulai besok pagi kita bersama melaksanakan solat Hari Raya sebagaimana ketentuan. Dan dengan demikian kita sudah berhasil menyepakati sekaligus menetapkan bahawa mulai malam ini kita sudah memasuki 1 Syawal 1438 H," jelasnya.

Sumber : Bernama/agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan