Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tanah runtuh di China: Masyarakat Muslim sambut Aidilfitri dengan sediakan makanan bagi pekerja penyelamat

Insiden tanah runtuh tersebut yang berlaku kelmarin meragut nyawa 10 orang dan 93 masih belum ditemui.

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh di China: Masyarakat Muslim sambut Aidilfitri dengan sediakan makanan bagi pekerja penyelamat

Masyarakat Muslim di China memberikan bantuan dalam insiden tanah runtuh. (Gambar: Laman Weibo/ Muzhen 2012)

Diterbitkan : 26 Jun 2017 09:37PM Dikemas Kini : 26 Jun 2017 09:45PM

BERITAMediacorp: Meskipun baru masuk hari kedua bulan Syawal, masyarakat Muslim di kampung Xinmo, China, tidak menjadikannya satu sebab untuk tidak membantu dalam usaha mencari dan menyelamat para mangsa insiden tanah runtuh di sana.

Menurut pengguna Weibao iaitu satu laman media sosial China, Muzhen 2012, para Muslim kelihatan berada di tempat kejadian membawa makanan ke sana.

Mereka kemudian mengagihkan makanan itu kepada pasukan mencari dan menyelamat semasa waktu makan tengah hari mereka.

Seorang Muslimah memberikan makanan kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat. (Gambar: Weibo/ Muzhen 2012)

Pengguna Muzhen 2012 menambah sekumpulan Muslim itu turut mengatakan usaha memberi makanan itu adalah satu cara mereka dapat menghulurkan bantuan.

Menurut satu video yang dimuat naik seorang pengguna dengan nama Minor Thoughts, kelihatan sekumpulan Muslim itu membawa makanan dan berjalan ke dalam kawasan pergunungan.

"Itulah cara mereka menyambut Aidilfitri," tambah pengguna itu ditukil sebagai berkata.

Insiden tanah runtuh tersebut yang berlaku kelmarin meragut nyawa 10 orang dan 93 masih belum ditemui.

Presiden Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatan mereka atas kejadian tanah runtuh, dua hari lalu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan