Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid, gereja ganding bahu bagi memastikan solat Aidilfitri berjalan dengan lancar

Paderi kanan gereja itu Encik Michael Phua berkata para jemaah biasanya bertindak secara bertanggungjawab semasa menggunakan ruang itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid, gereja ganding bahu bagi memastikan solat Aidilfitri berjalan dengan lancar

Seorang jemaah mengambil keretanya di Gereja Suci Grace Presbyterian selepas solat Hari Raya di Masjid Ahmad Ibrahim. (Gambar: Jason Quah)

Diterbitkan : 26 Jun 2017 10:07PM Dikemas Kini : 26 Jun 2017 10:09PM

SINGAPURA: Dengan perayaan Hari Raya tahun ini jatuh pada hari Ahad, kebanyakan pihak pengurusan masjid mungkin tidak perlu memikirkan sangat mengenai keadaan trafik di sekeliling kawasan masjid bagi para jemaah untuk meletakkan kenderaan mereka.

Namun satu usaha murni begitu menonjol sempena Hari Raya ini - hubungan muhibah sebuah masjid dan gereja di Upper Thomson, memastikan solat Aidilfitri dapat berjalan dengan sempurna.

LANGKAH KECIL YANG TINGGALKAN KESAN MENDALAM

Menjelang solat Aidilfitri di Masjid Ahmad Ibrahim yang terletak di Jalan Ulu Seletar, Gereja Spiritual Grace Presbyterian membuka ruang tempat letak kenderaannya kepada para jemaah Muslim yang ingin ke masjid berkenaan.

Masjid Ahmad Ibrahim, yang dibanjiri 1,500 jemaah - hampir seganda daripada jumlah jemaah yang selalu menghadiri masjid itu semasa solat Jumaat - kemudian membalas kebaikan gereja itu dengan melantik para warden trafik bagi memastikan tempat letak kereta di gereja tersebut lengang.

Ini supaya para anggota gereja itu dapat menggunakannya pada sebelah tengah hari.

Masjid Ahmad Ibrahim sudah memperolehi lesen Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi membenarkan para jemaah meletakkan kenderaan di tepi jalan memandangkan ia menjangkakan jumlah jemaah yang banyak dan bagi mengurangkan rasa tidak senang para anggota gereja.

Gereja tersebut bagaimanapun memutuskan untuk meghulurkan bantuan agar dapat meredakan kedaaan.

Perkara itu adalah satu lagi lanjutan kerjasama antara kedua-dua institusi agama itu, yang mana gereja tersebut membenarkan para jemaah meletakkan kenderaan di kawasannya semasa solat Jumaat dan para kakitangan gereja dijemput untuk ke masjid pula bagi majlis berbuka puasa.

KERJASAMA SELAMA 20 TAHUN

Masalah meletak kenderaan bukan satu perkara yang baru bagi Masjid Ahmad Ibrahim, yang dibangunkan sekitar 50 tahun lalu kerana jumlah jemaah semakin ramai, kata Pengerusi Masjid Encik Ali Salleh, 57 tahun.

Ia juga meletakkan papan-papan nasihat LTA di luar masjid tentang tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang meletakkan kenderaan secara sebarangan.

Gereja itu kemudian membuat keputusan untuk berkongsi ruang tempat letak kenderaan.

Ia juga memaklumkan para anggota pengurusan masjid jika ada kenderaan yang diletakkan di tepi jalan. Inisiatif ini menjadi satu "kerjasama rasmi" 20 tahun lalu.

Para jemaah mengambil 50 hingga 60 lot letak kenderaan di gereja itu setiap solat Jumaat, kata Encik Ali.

Paderi kanan gereja itu Encik Michael Phua berkata para jemaah biasanya bertindak secara bertanggungjawab semasa menggunakan ruang itu.  

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan