Ramadan & Syawal 2017

Images
  • Open kedai

Ini bukan 'Open House' Hari Raya, ini 'Open Kedai'

BERITAMediacorp: Rumah Terbuka menjadi perantara untuk beramah mesra dengan sanak-saudara dan rakan taulan.

Majlis perjumpaan Encik Kamsani Ngaliredjo tidak kurang meriahnya meskipun diadakan di tempat yang lain daripada yang biasa.

Dari segi jamuan yang dihidangkan dan tetamu yang hadir juga lengkap dengan baju raya masing-masing.

Namun, disebabkan anggota keluarga dan saudara mara yang ramai, melebihi 100 orang, Encik Kamsani memilih mengadakan majlis Rumah Terbuka beliau di sebuah pusat penjaja.

Mentelah lagi, sebagai pegerai makanan yang sudah lebih 40 tahun berniaga, perjumpaan ini peluang untuk menunjukkan terima kasih beliau kepada para pelanggan.

"Perjumpaan di pasar ini Alhamdulillah, tempatnya luas, makan bebas. Kalau di rumah sempit. Saya adakan di hujung minggu, jadi tidak mengganggu pegerai lain," kata Encik Kamsani.

Berikut pula pandangan anggota keluarga dan para tamu di majlis ini.

"Kalau di rumah 'Open House' ini 'Open Kedai', kata Encik Jawahir Husin, teman Encik Kamsani.

Menurut adik ipar beliau pula, Cik Noor Aishah: "Kita ada warung di sini, memang kita selalu kumpul di warung."

Dua pelanggan bukan Melayu yang hadir, amat berbesar hati mendapat jemputan ke majlis Rumah Terbuka ini.

"Kita sudah berkenalan beberapa tahun. Sangat berbesar hati beliau menjemput kami setiap tahun setiap kali ada perayaan," jelas Encik Mischael Peh.

"Rasanya macam sebuah keluarga besar,"sampuk Encik Samuel Lee.

Di manapun majlis diadakan apa yang penting ialah tali silaturrahim yang terjalin. 

- BERITAMediacorp/nk

Top