Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gereja di Sabah dapat pujian kerana mainkan lagu Hari Raya

Gereja tersebut dipuji para pengguna media sosial dengan ada di antara mereka berkata bahawa mereka bangga berasal dari negeri Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gereja di Sabah dapat pujian kerana mainkan lagu Hari Raya

Sebuah gereja di Sabah yang memainkan lagu Hari Raya. (Gambar: Video di laman Facebook)

Diterbitkan : 26 Jun 2017 06:30PM Dikemas Kini : 26 Jun 2017 06:32PM

PETALING JAYA: Sebuah gereja Katolik di Sabah, Malaysia, mendapat pujian kerana memainkan lagu Hari Rayayang popular selepas sesi misa pada Ahad (25 Jun), yang juga merupakan hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Video selama 27 saat di laman Facebook itu menunjukkan kugiran gereja tersebut memainkan versi instrumental lagu Suasana Hari Raya dan ia ditonton hampir 30,000 kali sejak dimuat naik tengah hari semalam.

Pihak media tempatan melaporkan persembahan berlaku di Pusat Suci Holy Family Nulu Sosopon.

Pemimpin koir Harry Wong berkata lagu itu dimainkan untuk menunjukkan perpaduan dan menyebarkan rasa sayang semasa musim Hari Raya ini.

"Sekarang adalah Hari Raya dan kami mahu sama meraikannya dan pada masa yang sama kami mahu menunjukkan bahawa tidak salah untuk memainkan lagu Hari Raya di sebuah gereja bagi menandakan perayaan itu," kata beliau yang ditukil Star Online.

Encik Wong menambah bahawa beliau berbesar hati jika gereja lain di Malaysia menunjukkan perpaduan yang sama.

Tambahnya, beliau terkejut video itu menjadi popular kerana kugiran gerejanya kerap memainkan lagu-lagu perayaan semasa sambutan lain seperti Tahun Baru Cina.

Lagu raya selepas misa kudus td..#selamatharirayaaidilfitri #spreadthelove #thisisborneo #inikanraya

Posted by Melissa James Madan on  Saturday, 24 June 2017

Gereja tersebut dipuji para pengguna media sosial dengan ada di antara mereka berkata bahawa mereka bangga berasal dari negeri Sabah. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan