Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bukan 10,000, tapi 250,000 muslim banjiri Masjid Besar Mosko bagi solat Hari Raya

Menakjubkan! Lebih 250,000 anggota masyarakat Islam membanjiri Masjid Besar Mosko bagi menunaikan solat Hari Raya pada hari Ahad (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan 10,000, tapi 250,000 muslim banjiri Masjid Besar Mosko bagi solat Hari Raya

Umat Islam bersolat di luar masjid tengah bandar di Mosko sewaktu solat Hari Raya. (Gambar: VASILY MAXIMOV / AFP)

Diterbitkan : 26 Jun 2017 12:15AM Dikemas Kini : 26 Jun 2017 12:18AM

MOSKO: Menakjubkan! Lebih 250,000 anggota masyarakat Islam membanjiri Masjid Besar Mosko bagi menunaikan solat Hari Raya pada hari Ahad (25 Jun).
Demikian disahkan polis Rusia.

Dalam petikan laporan Russia Today, masjid tersebut adalah antara yang terbesar di Eropah.

Ia sebenarnya hanya boleh menampung sekitar 10,000 jemaah.

Bagaimanapun, ekoran ramainya jemaah yang berduyun-duyun datang untuk solat Hari Raya, sebilangan besar jemaah terpaksa membentang sejadah mereka di jalan-jalan raya di luar bangunan itu.

(Gambar: DMITRY SEREBRYAKOV / AFP)

Pihak berkuasa juga memberikan kerjasama dengan mengepung seluruh jalan raya kawasan itu sempena acara tersebut.

Polis Mosko turut mengerahkan 3,000 pegawai bagi menjaga keamanan berhampiran masjid besar itu dan beberapa ruang besar solat lain bagi umat Islam di ibu kota Rusia itu. Tiada insiden yang dilaporkan, seperti ditukil Russia Today.

Sementara itu, solat Hari Raya di Masjid St. Petersburg pula bagaimanapun terjejas sedikit oleh hujan, yang membasahi sekitar 40,000 jemaah yang berhimpun di sana.

(Gambar-gambar: DMITRY SEREBRYAKOV / AFP)

Ribut juga melanda umat Islam yang datang untuk bersolat di Ufa, iaitu ibu kota wilayah Bashkortostan, menurut laporan Russia Today.

Di Rusia, Hari Raya Aidilfitri diraikan sebagai hari cuti rasmi di sembilan daerah yang mempunyai ramai penduduk Islam di bahagian selatan negara itu.

Umat Islam membentuk jumlah penduduk yang kedua terbesar di negara itu. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan