Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia Melayu/Islam hasilkan app elak pembaziran di Rumah Terbuka

Bagi MSociety, kumpulan sama yang menghasilkan app Terawhere ia tetap komited untuk membantu mengurangkan pembaziran makanan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Islam memanfaatkan hujung minggu ini untuk mengadakan Rumah Terbuka bagi mengeratkan silaturahim.

Sambil menjamu selera, sekumpulan belia Melayu/Islam memanfaatkan teknologi untuk mengelakkan pembaziran makanan.

Bagaimana ia berfungsi? BERITAMediacorp meninjau aplikasi dipanggil MakanHero itu.

BUDAYA RUMAH TERBUKA SEMAKIN MENINGKAT

Budaya kunjung-mengunjung sudah menjadi amalan dalam masyarakat Melayu untuk memeriahkan sambutan hari raya sepanjang bulan Syawal.

Namun, budaya Rumah Terbuka dengan jamuan besar semakin mengambil-alih amalan tradisi ini.

Ramai masih mengamalkan budaya biar berlebih makanan, jangan tidak cukup ketika mengadakan rumah terbuka.

Timbul kebimbangan makanan yang tidak dihabiskan, berakhir di tong sampah.

Berdasarkan perangkaan ketika Ramadan lalu, sekitar 200 metrik tan sampah pepejal dan sisa makanan dilaporkan dibuang di Malaysia, setiap hari.

Di Singapura pula, sekitar 790 tan sisa makanan dibuang pada 2015.

KENALI "MAKANHERO"

Atas keprihatinan itu, kumpulan MSociety, sedang membangunkan prototaip bagi sebuah aplikasi untuk mengelakkan pembaziran makanan di acara-acara keramaian.

Pengasas bersama MSociety Tengku Hafidz: "Apabila sebuah acara dengan katering makanan itu hampir tamat, pengguna aplikasi ini boleh sahaja muat naik catatan dan memberitahu orang sekeliling daerah itu yang mempunyai app kami, bahawa ada makanan berlebihan di situ.

"Dengan itu, sesiapa yang mendapat notifikasi itu boleh bergegas ke tempat tersebut, untuk ‘menyelamatkan’ makanan itu, dengan sama ada makan makanan tersebut ataupun memberi orang lain."

Beberapa orang yang ditemui BERITAMediacorp sudahpun menyuarakan sokongan bagi aplikasi yang dinamakan 'MakanHero' ini.

"Idea itu sangat baik, dan kita harus lebih menggalakkan belia-belia kita atau orang dewasa untuk menggunakan app itu, supaya rezeki tak dibuang sembarangan," kata seorang suri rumah Rafidah Zakaria.

"Cik rasa itu lebih baik kalau ia memudahkan kita - maksudnya, kalau ada app, lebih baik kerana memudahkan kita," kata Encik Johari Bohari.

CARA TANPA TEKNOLOGI SEBENARNYA SUDAH DIAMALKAN

Namun mereka juga akur bahawa terdapat banyak cara mudah yang sudah boleh diamalkan untuk mengelakkan pembaziran, tanpa hanya perlu bergantung pada teknologi.

"Dan begitu juga dengan makanan yang ada, adalah. Saya dan isteri saya yang menyiapkan juadah-juadah yang ada ini, mengikut jumlah tetamu yang akan datang. Kadang-kadang yang ada, saya akan jadikan satu bungkusan itu ^sebagai buah tangan mereka untuk bawa pulang," tambah Encik Johari.

"Jarang pada hari itu ada kelebihan masakan itu. Sebab selalunya habis dimakan tetamu kerana saya selalu anggarkan makanan mengikut bilangan yang dijemput," kata Cik Rafidah.

"Kita juga boleh memberinya kepada jiran-jiran yang dekat, supaya kita boleh berinteraksi dengan jiran-jiran itu," kata Mohd Syakir Fadil yang ditemui BERITAMediacorp.

Walau apapun cara yang dipilih, ternyata masyarakat kita peka tentang isu pembaziran makanan.

Bagi MSociety, kumpulan sama yang menghasilkan app Terawhere ia tetap komited untuk membantu mengurangkan pembaziran makanan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan