Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Usahawan muda manfaatkan e-niaga kaut untung besar musim perayaan

Urus niaga e-dagang melonjak sehingga 128 peratus terutama pada minggu kedua dan ketiga Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Musim Raya membawa “durian runtuh” bagi perniagaan e-dagang.

Urus niaga e-dagang melonjak sehingga 128 peratus terutama pada minggu kedua dan ketiga Ramadan.

Dapatan itu diperolehi sebuah syarikat pemasaran teknologi, Criteo baru-baru ini berdasarkan analisis daripada 1.5 juta urus niaga online di Singapura, Malaysia dan Indonesia sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Wartawan BERITAMediacorp bertemu para usahawan muda tempatan yang memanfaatkan wadah e-dagang pada musim perayaan.

Bulan Ramadan merupakan tempoh jualan yang sangat lumayan untuk laman e-dagang di Asia Tenggara.

Berdasarkan analisis Criteo untuk musim Ramadan 2015, minggu kedua dan ketiga Ramadan terutamanya menyaksikan kenaikan penjualan tertinggi sebanyak 128 peratus.

Sementara jumlah trafik pengunjung ke laman e-dagang menjulang sehingga 75 peratus.

PEGANG PRINSIP #GOJERR

Menyedari pertumbuhan pesat e-dagang, Ahmad Sholehin, 33 tahun, bersama rakan kongsi, Nisa Aris dan Faizola Nordin, menubuhkan laman Akandatang.sg.

Ia merupakan sebuah khidmat di bawah satu bumbung – dari runding cara percuma, pemasaran, penjenamaan produk dan penghantaran untuk peniaga-peniaga baru terutama untuk peniaga dari rumah.

“Misi besar Akandatang ialah untuk memupuk nilai-nilai bisnes yang baik dan kami betul-betul hendak menaikkan lagi taraf perdagangan dalam masyarakat kita. Kami mengganggap platform Akandatang sebagai satu platform kolaboratif di mana peniaga boleh berhubungan dengan peniaga lain, jadi mereka boleh merealisasikan idea-idea mereka dengan lebih mudah,” jelas Ahmad.

Dengan prinsip #gojerr atau ‘jangan takut untuk mencuba’, Akandatang mahu memupuk rasa yakin di kalangan peniaga baru.

Selaras dengan misi Negara Bijak, pengasasnya, Ahmad Sholehin menggunakan kepakarannya sebagai seorang jurutera dalam mengaplikasikan konsep analitik data besar untuk Akandatang.

“Akandatang ialah satu eksperimentasi dari kami untuk menggunakan data analitik besar untuk masyarakat umum, terutama untuk peniaga di rumah yang baru-baru berjinak dalam bisnes,” beliau memberitahu BERITAMediacorp.

BERJAYA TARIK 7 PENIAGA BARU

Baru diperkenalkan Ramadan lalu, ia sudahpun menarik tujuh peniaga baru untuk mendapatkan khidmatnya.

Suhaila Aris, lulusan NTU dari bidang Seni, Reka Bentuk dan Media yang menghasilkan sendiri sampul Raya unik mendapati produknya habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

“Akandatang menolong saya daripada permulaan sehingga khidmat penghantaran dan saya rasa tidak sendirian sebab saya rasa lebih konfiden dan mempunyai sebuah kumpulan yang profesional dan berpengalaman. Sebagai pereka, ia memberi pendedahan yang baik bagi saya,” kata Suhaila.

Satu lagi wadah sehenti yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pengguna ialah aplikasi mudah alih Halal Dining Club.

HIMPUN RESTORAN HALAL BAWAH SATU BUMBUNG

Ditubuhkan baru-baru ini oleh sekumpulan lulusan Sarjana Sains dalam Inovasi dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), aplikasi Halal Dining Club menghimpunkan restoran-restoran halal di Singapura di bawah satu bumbung.

“Aplikasi Halal Dining Club ini dapat mengurangkan masa pengguna untuk mencari restoran-restoran yang halal di Singapura. Penyelidikan kami mendapati lebih daripada 70 peratus daripada kami mencari restoran dan tempat yang halal untuk makan di Singapura melalui Google atau teman-teman. Jadi, ia adalah peluang yang sangat besar bagi kami kerana pasaran makanan halal di Singapura semakin naik,”kata mereka.

Pencarian tempat makan menerusi aplikasi mudah alih itu terutamanya tinggi untuk sesi iftar dan rumah terbuka sempena Lebaran dengan pengguna dapat membuat tempahan langsung di restoran pilihan dengan hanya satu klik.

Bagi para usahawan muda itu, jelas musim Raya membuka jalan untuk meneroka peluang-peluang niaga baru.

Di masa hadapan, Akandatang.sg dan Halal Dining Club akan terus berinovasi dan mencari kelainan dalam usaha untuk menarik pengguna-pengguna maya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan