Skip to main content

Iklan

Iklan

Sambutan Aidilfitri di merata dunia

Di Indonesia ribuan penduduk Jakarta menyambut kedatangan Syawal di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2016 10:31PM Dikemas Kini : 06 Jul 2016 10:36PM

BERITAMediacorp: Di Indonesia ribuan penduduk Jakarta menyambut kedatangan Syawal di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.

Cuti Hari Raya selama lima hari dibayangi serangan bom nekad di balai polis di Solo, Jawa Tengah pada Selasa (5 Julai).

Serangan pengganas di ibu kota Indonesia itu, yang didakwa didalangi miltan ISIS, Januari lalu pula meragut nyawa empat orang.

Menjadi tradisi penduduk Indonesia juga untuk berkumpul dengan anggota keluarga dan balik kampung.

Di Australia, umat Islam di Sydney menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Lakemba.

Umat Islam di Australia berdepan dengan kebangkitan kumpulan yang menyebarkan kebencian.

Perdana Menteri New South Wales, Mike Baird menggesa semua pihak bersatu menentang sebarang bentuk penghinaan agama.

Di Turki, para penduduknya meraikan Aidilfitri selama tiga hari.

Mereka berkumpul dan kanak-kanak menerima manisan dan duit raya daripada warga tua.

Namun, sambutan kali ini dibayangi suasana sedih, susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk yang meragut nyawa 42 orang.

Bagi rakyat Syria dan Palestin yang berada di kem pelarian Berlin, Jerman, sambutan Aidilfitri di negara asing suatu pengalaman amat berbeza.

Kebanyakannya berasa pilu kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga terdekat.

Tahun lalu sahaja, lebih sejuta pemohon suaka datang ke Jerman, majoritinya dari negara-negara Islam seperti Syria, Iraq dan Afghanistan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan