Kedutaan Singapura di Brunei anjur Rumah Terbuka Hari Raya
Dr Maliki turut bertemu dengan para pegawai tentera Singapura dan keluarga mereka di Brunei.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman menjadi tetamu terhormat acara Rumah Terbuka Hari Raya di Brunei anjuran Suruhanjaya Tinggi Singapura di negara tersebut.
Rumah Terbuka tersebut dihadiri juga para Menteri dan pegawai tinggi Brunei Darussalam.
MINDEF menyatakan, acara tersebut mengesahkan lagi ikatan rapat dan mesra antara Singapura dan Brunei.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya beliau di Brunei, Dr Maliki turut bertemu dengan para pegawai tentera Singapura dan keluarga mereka di Brunei.
Dr Maliki kini dalam rangka lawatan empat hari ke Brunei yang berakhir hari ini (10 Julai).
Beliau ditemani isterinya, serta dua orang Setiausaha Parlimen iaitu Encik Amrin Amin dan Encik Baey Yam Keng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.