Skip to main content

Iklan

Iklan

Ibu rindu Allahyarham Nasrulhudin, kakitangan SMRT yang terbunuh

Allahyarham sedang menjalani latihan di tempat kerja apabila beliau dan seorang rakan sekerjanya dilanggar kereta api. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kehilangan juga terasa bagi keluarga Cik Norizan.

Anak lelakinya yang ketiga, Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan MRT di Stesen Pasir Ris pada 22 Mac 2016.

Allahyarham sedang menjalani latihan di tempat kerja apabila beliau dan seorang rakan sekerjanya dilanggar kereta api.

"Kadang-kadang, terasa macam dia masih ada. Tapi bila fikir balik, memang arwah dah tiada lagi dengan kita. Tapi kadang-kadang, terkenang keletahnya," kata ibu Nasrulhudin, Cik Norizan.

Menurutnya lagi, lauk raya kegemaran Nasrul ialah Sambal Goreng dan beliau kuat tahan pedas.

"Saya memang siapkan cili padi. Jadi apa pun dia makan, dia akan potong-potong cili padi. Jadi sekarang saya tengokkan cili padi itu, dah tak ada orang makan, sebab dia yang makan," ujar beliau lagi.

Sebagai menyambut lebaran, Cik Norizan sering memasak beraneka juadah dan kuih untuk saudara-maranya.

Oleh itu, pemergian Nasrul lebih terasa pada Syawal kali ini, kerana beliau rajin membantu untuk menghantar semua makanan tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan