Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

600 penduduk Marsiling sambut Raya dengan gaya ala P.Ramlee, Saloma

Kelab Masyarakat Marsiling bergema dengan lagu-lagu Hari Raya petang tadi (17 Jul) apabila 600 penduduk kawasan itu berkumpul bagi sambutan Aidilfitri beramai-ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
600 penduduk Marsiling sambut Raya dengan gaya ala P.Ramlee, Saloma
Diterbitkan : 17 Jul 2016 08:59PM Dikemas Kini : 17 Jul 2016 09:02PM

SINGAPURA: Kelab Masyarakat Marsiling bergema dengan lagu-lagu Hari Raya petang tadi (17 Jul) apabila 600 penduduk kawasan itu berkumpul bagi sambutan Aidilfitri beramai-ramai.

Para penduduk datang mengenakan pakaian era P. Ramle dan Saloma, selaras dengan tema acara.

Bagi menyemarakkan lagi suasana, para hadirin dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu P.Ramlee.

Sebuah filem P. Ramlee, Madu Tiga turut ditayangkan.

Para penduduk juga menyertai kegiatan menganyam ketupat bersama AP GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Halimah Yacob.

Cik Halimah juga mengagihkan baucar kepada 200 penduduk memerlukan.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan