Skip to main content

Iklan

Iklan

Umat Islam di merata dunia mula berpuasa hari ini, antara 10 dengan 21 jam

Tahun ini bulan Ramadan bermula hari ini bagi kebanyakan negara, iaitu 13 April 2021. Tempoh berpuasa pula antara 10 dengan 21 jam, bergantung kepada lokasi di mana anda berada.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam di merata dunia mula berpuasa hari ini, antara 10 dengan 21 jam

Gambah hiasan. (Gambar: pexel/Naim Benjelloun)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 12:42AM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 12:52AM

QATAR: Tahun ini bulan Ramadan bermula hari ini bagi kebanyakan negara, iaitu 13 April 2021. Tempoh berpuasa pula antara 10 dengan 21 jam, bergantung kepada lokasi di mana anda berada.

Setiap tahun, bulan Ramadan bermula sekitar 10 hingga 12 hari lebih awal daripada tahun sebelumnya. Ini kerana takwim Islam bersandarkan pada takwim 'hijri', dengan setiap bulan sepanjang 29 hingga 30 hari, lapor Al Jazeera.

Bulan Ramadan yang akan bermula sekali lagi pada tarikh 13 April, seperti tahun ini, adalah kira-kira 33 tahun daripada sekarang atau pada tahun 2054.

Tempoh waktu siang sejak matahari terbit hingga ia terbenam berbeza-beza dari satu negara ke satu negara. Masyarakat muslim yang tinggal di negara-negara paling tenggara seperti Chile dan New Zealand akan berpuasa purata 11 jam manakala mereka yang tinggal di negara-negara barat seperti Iceland atau Norway akan berpuasa 18 jam lebih.

Bagi masyarakat Islam yang tinggal di hemsifera utara, tempoh berpuasa akan lebih singkat tahun ini dan akan terus berkurangan sehingga 2032, yang merupakan tahun di mana Ramadan jatuh pada musim solstis - hari paling singkat dalam tahun itu, menurut laporan Al Jazeera.

Bagi masyarakat muslim yang tinggal di selatan khatulistiwa, yang sebaliknya akan berlaku, iaitu mereka akan berpuasa lebih panjang.

Berikut ini tempoh berpuasa di bandar-bandar di merata dunia. Tempoh dan waktu sebenar berbuka puasa berbeza-beza dari hari ke sama serta mengikut kaedah pengiraan:

Di bandar-bandar paling utara seperti Longyearbyen, Norway, di mana matahari tidak terbenam dari 20 April hingga 22 Ogos, fatwa dikeluarkan agar mereka mengikut waktu Makkah atau negara Muslim berdekatan, menurut laporan Al Jazeera.

  • Nuuk, Greenland: 19-20 jam
  • Reykjavik, Iceland: 19-20 jam
  • Helsinki, Finland: 18-19 jam
  • Stockholm, Sweden: 17-18 jam
  • Glasgow, Scotland, UK: 17-18 jam
  • Oslo, Norway: 17-18 jam
  • Copenhagen, Denmark: 17-18 jam
  • Moscow, Rusia: 17-18 jam
  • Berlin, Jerman: 16-17 jam
  • Amsterdam, Netherlands: 16-17 jam
  • Warsaw, Poland: 16-17 jam
  • London, UK: 16-17 jam
  • Paris, Perancis: 16-17 jam
  • Nur-Sultan, Kazakhstan: 16-17 jam
  • Brussels, Belgium: 16-17 jam
  • Zurich, Switzerland: 16-17 jam
  • Bucharest, Romania: 15-16 jam
  • Ottawa, Kanada: 15-16 jam
  • Sofia, Bulgaria: 15-16 jam
  • Rome, Itali: 15-16 jam
  • Madrid, Sepanyol: 15-16 jam
  • Lisbon, Portugal: 15-16 jam
  • Athens, Greece: 15-16 jam
  • Beijing, China: 15-16 jam
  • Washington, DC, AS: 15-16 jam
  • Pyongyang, Korea Utara: 15-16 jam
  • Ankara, Turki: 15-16 jam
  • Rabat, Maghribi: 14-15 jam
  • Tokyo, Jepun: 14-15 jam
  • Islamabad, Pakistan: 14-15 jam
  • Tehran, Iran: 14-15 jam
  • Baghdad, Iraq: 14-15 jam
  • Beirut, Lubnan: 14-15 jam
  • Damascus, Syria: 14-15 jam
  • Kaherah, Mesir: 14-15 jam
  • Baitulmakdis: 14-15 jam
  • Kuwait City, Kuwait: 14-15 jam
  • Gaza City, Palestin: 14-15 jam
  • New Delhi, India: 14-15 jam
  • Hong Kong: 14-15 jam
  • Dhaka, Bangladesh: 14-15 jam
  • Muscat, Oman: 14-15 jam
  • Kabul, Afghanistan: 14-15 jam
  • Riyadh, Arab Saudi: 14-15 jam
  • Doha, Qatar: 14-15 jam
  • Dubai, UAE: 14-15 jam
  • Aden, Yaman: 13-14 jam
  • Addis Ababa, Ethiopia: 13-14 jam
  • Dakar, Senegal: 13-14 jam
  • Abuja, Nigeria: 13-14 jam
  • Colombo, Sri Lanka: 13-14 jam
  • Bangkok, Thailand: 13-14 jam
  • Khartoum, Sudan: 13-14 jam
  • Kuala Lumpur, Malaysia: 13-14 jam
  • Singapura: 13-14 jam
  • Nairobi, Kenya: 13-14 jam
  • Luanda, Angola: 12-13 jam
  • Jakarta, Indonesia: 12-13 jam
  • Brasilia, Brazil: 12-13 jam
  • Harare, Zimbabwe: 12-13 jam
  • Johannesburg, Africa Selatan: 11-12 jam
  • Buenos Aires, Argentina: 11-12 jam
  • Ciudad del Este, Paraguay: 11-12 jam
  • Cape Town, Africa Selatan: 11-12 jam
  • Montevideo, Uruguay: 11-12 jam
  • Canberra, Australia: 11-12 jam
  • Puerto Montt, Chile: 11-12 jam
  • Christchurch, New Zealand: 11-12 jam
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan