Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor akan sediakan bubur lambuk untuk rakyat

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata sempena Ramadan tahun ini, beliau berkenan menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor akan sediakan bubur lambuk untuk rakyat

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 06:16PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 06:21PM

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata sempena Ramadan tahun ini, beliau berkenan menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat.

Menerusi catatan dan gambar yang dimuat naik ke laman Facebook Sultan Ibrahim, beliau berkata bubur lambuk yang disediakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Baru akan disampaikan kepada kakitangan Istana bermula hari ini (17 Apr).

“Bubur lambuk yang merupakan ‘buah tangan’ dari Istana juga bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini,” menurut Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook berkenaan hari ini.

Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim pada tahun lalu pernah meluangkan masa memasak sendiri bubur lambuk di Istana Pasir Pelangi, yang kemudian disampaikan kepada orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Johor.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan