Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Standard Chartered, Sheng Siong & rakan masyarakat ganding bahu agih habuan Hari Raya

Standard Chartered, Sheng Siong & rakan masyarakat ganding bahu agih habuan Hari Raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Standard Chartered, Sheng Siong & rakan masyarakat ganding bahu agih habuan Hari Raya

CEO Standard Chartered Patrick Lee (kanan) memuatkan bungkusan makanan dalam kereta bersama seorang sukarelawan. (Gambar: Standard Chartered)

Diterbitkan : 05 May 2021 01:22PM Dikemas Kini : 05 May 2021 01:27PM

SINGAPURA: Lebih 600 sukarelawan korporat dan individu berganding bahu membungkus dan menghantar 2,600 bungkusan makanan kepada warga tua dan keluarga-keluarga yang memerlukan, dalam usaha mereka untuk menceriakan sambutan Hari Raya Puasa.

Inisiatif itu dianjurkan oleh perikatan akar umbi yang terdiri daripada A Group of Philanthropists (AGOP), Heartwarmers, Sheng Siong Group dan Bank Standard Chartered - sekumpulan dermawan privet, pertubuhan bukan untuk mencari keuntungan, rangkaian pasar raya dan institusi kewangan berbilang negara.

Perikatan itu sudah bekerjasama sejak 2009. Setiap tahun, para sukarelawan akan meluangkan masa pada hujung minggu untuk membungkus beg-beg yang mengandungi keperluan asas dan makanan bagi warga tua dan keluarga-keluarga memerlukan.

Barangan makanan yang diagihkan kepada warga tua dan keluarga-keluarga yang memerlukan. (Gambar: Standard Chartered)

Barangan makanan yang diagihkan kepada warga tua dan keluarga-keluarga yang memerlukan. (Gambar: Standard Chartered)

Para sukarelawan individu dan korporat juga akan menyumbang masa dan tenaga untuk membantu mengagihkan bungkusan-bungkusan itu ke merata Singapura.

Tahun ini, proses membungkus dan mengagihkannya dijalankan dari 29 April hingga 1 Mei.

Selain itu, langkah-langkah keselamatan tambahan juga dilaksanakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sebagai contoh, disebabkan oleh jarak selamat, pasukan itu terpaksa melanjutkan waktu membungkus kerana perlu bekerja dalam kumpulan-kumpulan lebih kecil.

Oleh kerana para sukarelawan tidak dapat menziarahi keluarga penerima bantuan di rumah untuk mengagihkan bungkusan-bungkusan tersebut, mereka hanya setakat bertemu di koridor untuk saling bertukar-tukar ucapan Raya.

Menyertai inisiatif itu tahun ini adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli dan Anggota Parlimen Encik Baey Yam Keng, Encik Cheng Li Hui dan Encik Desmond Choo.

"Saya berbesar hati dengan kerjasama antara Heartwarmers, Bank Standard Chartered dan Sheng Siong Group untuk menyumbang kepada masyarakat dengan cara yang bermakna. Saya berharap lebih banyak inisiatif akar umbi sedemikian akan diusahakan oleh syarikat-syarikat korporat, rakan-rakan masyarakat yang lain serta para sukarelawan untuk mempertingkatkan dan menyokong rakyat Singapura yang memerlukan, supaya kita dapat sama-sama membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang," kata Encik Masagos.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan