Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SOP tular tentang sambutan Aidilfitri di M'sia adalah palsu

SOP tular tentang sambutan Aidilfitri di M'sia adalah palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
SOP tular tentang sambutan Aidilfitri di M'sia adalah palsu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 09:22PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 09:24PM

KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini (27 Apr) adalah palsu dan tidak benar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai perayaan itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Senarai SOP itu palsu, tidak betul.... kononnya pada Aidilfitri nanti rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar sama sekali.

"Saya akan umumkan nanti SOP sambutan itu termasuklah tentang takbir raya, solat Aidilfitri, kunjung-mengunjung dan ziarah tanah perkuburan," katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan.

Hari ini tular senarai kononnya SOP Aidilfitri termasuklah program ziarah dan rumah terbuka tidak dibenarkan, ziarah hanya boleh dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 15 orang, selain aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan lima hari sebelum perayaan sehingga lima hari selepasnya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan