Skip to main content

Iklan

Iklan

RLAF sasar kumpul S$300,000; agih 20,000 set bento kepada keluarga susah & pekerja migran

Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF) menyasarkan matlamat untuk mengumpul S$300,000 menerusi www.giving.sg dari 13 April hingga 12 Mei 2021. 

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF sasar kumpul S$300,000; agih 20,000 set bento kepada keluarga susah & pekerja migran

Logo Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). (Gambar: Rahmatan Lil Alamin/ Facebook)

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF) menyasarkan matlamat untuk mengumpul S$300,000 menerusi www.giving.sg dari 13 April hingga 12 Mei 2021.

Dana tersebut bertujuan untuk menyediakan 20,000 set makanan bento bagi keluarga-keluarga memerlukan dan para pekerja migran di kilang-kilang yang dijadikan sebagai dormitori.

Projek tersebut adalah susulan daripada inisiatif SGUnited Buka Puasa pada tahun lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh RLAF hari ini (13 Apr), bersama dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), IRCC SG dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), RLAF akan mengagihkan 5,000 juadah setiap minggu bagi golongan masyarakat yang disebutkan di atas, tatkala masa mencabar ini.

Inisiatif tersebut adalah bagi mengongsi bersama nikmat Ramadan bersama keluarga dan golongan yang memerlukan, termasuk para pekerja migran di Singapura yang beragama Islam.

Sepanjang bulan Ramadan ini, sekitar 200 relawan daripada Yayasan RLA, MUIS, PA MESRA di M3@Bandar, IRCC, Pusat Harmoni dan masjid-masjid akan berganding bahu untuk mengagihkan juadah tersebut di 19 lokasi merata Singapura.

Makanan-makanan tersebut akan dihantar ke 10 Kelab Masyarakat, 5 rumah ibadat, 4 kilang yang dijadikan sebagai dormitori.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Projek RLAF itu menerusi Giving.sg di http://tinyurl.com/blessingstoall, Paynow - Nombor Entiti Unik (UEN) RLAF: 200910530Z dan meletakkan RLAF di ruang 'Reference'.

Selain itu, orang ramai juga boleh menderma kepada RLAF menerusi penyaluran dana ke Akaun Semasa (Current Account) OCBC melalui nombor akaun: 629 069154 001.

Derma dalam bentuk wang tunai atau cek juga boleh dibuat kepada 'RLAF' dan mengirimkannya kepada RLAF/ MUIS (273 Braddell S(579702) atau RLAF (Masjid Yusof Ishak, No. 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740). 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan