Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS: Kadar Zakat Fitrah ialah S$5.10 & S$7.50

Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 2021/1442H ialah S$5.10 (kadar biasa) dan S$7.50 (kadar tinggi) bagi setiap orang.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS: Kadar Zakat Fitrah ialah S$5.10 & S$7.50

(Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 12 Apr 2021 10:16PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 12:54AM

SINGAPURA: Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 2021/1442H ialah S$5.10 (kadar biasa) dan S$7.50 (kadar tinggi) bagi setiap orang.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan hari ini (12 Apr).

Kadar bagi 'kadar biasa' dan tinggi itu kekal tidak berubah daripada kadar tahun lalu.

Kadar zakat fitrah ditetapkan berdasarkan harga median 2.3 kilogram gred beras yang lazimya dibeli oleh masyarakat Islam.

Menurut MUIS, masyarakat Islam setempat sangat digalakkan untuk menunaikan kewajipan Zakat secara digital menerusi kaedah-kaedah online.

CARA BAYAR ZAKAT

MUIS juga sudah mempertingkat portal Zakat, www.zakat.sg, untuk memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan untuk membayar Zakat menerusi pelbagai cara pembayaran serta mendapatkan maklumat-maklumat tentang Zakat.

Antara ciri baru yang diperkenalkan termasuk:

  • Pembayaran menerusi PayNow, kad debit dan eNETS
  • Penyepaduan kalkulator Zakat dengan proses pembayaran untuk pengalaman lebih lancar
  • Sistem pengeluaran resit automatik
  • Akaun-akaun pengguna individu untuk menjejaki urus niaga-urus niaga sebelum ini
  • Amil maya

Kaedah-kaedah lain untuk membayar Zakat Fitrah dan Zakat Harta di Singapura adalah menerusi:

  • Mesin-mesin AXS di merata negara (menggunakan kad ATM)
  • Perbankan internet DBS/POSB di https://internet-banking.dbs.com.sg dan juga aplikasi mudah alih
  • Pemindahan wang menerusi ATM DBS/POSB
  • CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.sg
  • Secara tunai atau NETS di MUIS dan juga masjid-masjid tertentu. Namun ini memerlukan temu janji dibuat terlebih dahulu. Senarai masjid boleh diperolehi di laman www.zakat.sg.
  • Pembayaran menerusi cek boleh dibuat kepada MUIS

Zakat Fitrah mesti dibayar dalam bulan Ramadan tetapi tidak lewat daripada pagi Aidilfitri. Masyarakat Islam digalakkan supaya membuat pembayaran awal.

Kadarnya ditetapkan oleh Jawatankuasa Zakat dan Fitrah MUIS, dengan menggunakan makanan ada di negara di mana pembayarnya menetap.

MUIS memperkenalkan kadar Zakat Fitrah dua peringkat sejak tahun 2005 untuk memudahkan para pembayar zakat yang mahu membayar lebih daripada kadar biasa, menurut MUIS.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan