Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen Ramadan TAA jangkaui sasaran; berjaya kumpul S$1.3 juta susuli kutipan pecah rekod bersama Warna942

S$130,000 dikutip dalam satu rancangan siaran langsung bersama Warna942 pagi ini, membawa keseluruhan derma awam terkumpul oleh TAA setakat ini berjumlah S$1.3 juta - menjangkaui matlamat yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen Ramadan TAA jangkaui sasaran; berjaya kumpul S$1.3 juta susuli kutipan pecah rekod bersama Warna942

Para penerima bantuan TAA mendapat S$400 'Dana Aidilfitri' tahun ini.

SINGAPURA: Kempen Ramadan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) berjaya mengumpul derma sebanyak S$1.3 juta setakat Rabu (12 Mei), menjangkaui matlamat S$1.2 juta yang disasarkan sebelum ini.

Dalam kenyataan medianya pada pagi Rabu (12 Mei), TAA turut mendedahkan bahawa jumlah tersebut termasuk kutipan S$130,000 yang berhasil dikumpul melalui rancangan siaran langsung bersama stesen radio Mediacorp, Warna942.

"Program radio siaran langsung terakhir TAA bagi Kempen (Ramadan) melalui stesen radio Mediacorp, Warna942, yang diacarakan oleh DJ AB Shaik pagi ini berjaya mengumpul S$130,000, jumlah ini menjangkaui jangkaan kami dan juga merupakan kutipan terbesar bagi sesebuah program siaran langsung di radio untuk TAA," menurut kenyataan badan amal itu.

TAA sebelum ini mengumumkan pada 10 Mei bahawa kutipan derma setakat sehingga 27 Ramadan tahun ini berjumlah S$1.1 juta.

Badan itu juga mengumumkan bahawa satu pengagihan bantuan kewangan tambahan kepada 3,600 penerima bantuan bakal diadakan menjelang Aidiladha selepas S$1.43 juta diagihkan minggu lalu.

Tarikh pengagihan kedua itu akan diumumkan pada Julai, tambah TAA lagi.

Dalam pada itu, TAA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada pihak-pihak yang menyokong usaha mengumpul dana Kempen Ramadan TAA, termasuk Warna942, BERITA Mediacorp dan selebriti-selebriti tempatan.

"Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada masyarakat kerana menyumbang dengan murah hati meskipun di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi bagi membantu golongan yang memerlukan," dedah TAA lanjut.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk menolong para penerima bantuan kami."

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan