Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor izinkan bazar Ramadan & Aidilfitri di 3 daerah di bawah PKP

Johor izinkan bazar Ramadan & Aidilfitri di 3 daerah di bawah PKP.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor izinkan bazar Ramadan & Aidilfitri di 3 daerah di bawah PKP

Bazar Ramadan di Johor. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 May 2021 04:20PM Dikemas Kini : 06 May 2021 04:23PM

JOHOR BARU: Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, untuk terus beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata waktu operasi bazar Ramadan di daerah Johor Baru, Kota Tinggi dan Kulai bermula 3.00 petang hingga 8.00 malam, manakala bazar Aidilfitri bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

“Begitu juga dengan operasi bazar Ramadan di daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu bermula 3.00 petang hingga 8.00 malam manakala bazar Aidilfitri bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini (6 Mei).

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang perubahan atau pindaan serta keputusan terkini daripada kerajaan negeri berhubung maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Malaysia Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tiga daerah di Johor diletakkan di bawah PKP bermula esok (7 Mei) hingga 20 Mei berikutan jumlah kes aktif yang direkodkan di lokaliti itu adalah tinggi dengan kebanyakan kes adalah sporadik dalam komuniti. 

Pada 30 April lalu, Bernama melaporkan empat bazar Ramadan di negeri itu diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan