Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah yang 'sudah imun' COVID-19 mulakan umrah, tawaf di Masjidil Haram

Jemaah yang 'sudah imun' COVID-19 mulakan umrah, tawaf di Masjidil Haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah yang 'sudah imun' COVID-19 mulakan umrah, tawaf di Masjidil Haram

Para jemaah bersolat Tarawih di Masjidil Haram, 13 April 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Apr 2021 09:55AM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 12:26PM

MAKKAH: Para jemaah yang sudah imun terhadap COVID-19 melakukan tawaf di Masjidil Haram pada Selasa (13 Apr) sedang mereka menunaikan umrah pada hari pertama Ramadan.

Para jemaah yang memakai pelitup memasuki Masjidil Haram di Makkah secara berkumpulan untuk melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, di samping menjaga jarak selamat.

Hanya para jemaah yang terimunisasi layak mendapat permit untuk melakukan umrah dan bersolat jemaah di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan, menurut pengumumkan kementerian haji dan umrah negara itu awal bulan ini.

Menurut kementerian itu, tiga kategori jemaah yang dianggap "terimunisasi" - adalah mereka yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, mereka yang sudah menerima dos pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya dan mereka yang sudah pulih daripada jangkitan tersebut.

Dasar itu menaikkan jumlah jemaah yang boleh ditampung Masjidil Haram semasa Ramadan kepada 50,000 jemaah umrah dan 100,000 jemaah sehari, menurut laporan media.

Namun masih tidak jelas sama ada dasar itu, yang diperkenalkan di tengah-tengah kenaikan kes COVID-19, akan dilanjutkan kepada para jemaah haji lewat tahun ini.

Pada hujung Julai tahun lalu, kerajaan Saudi menganjurkan ibadah haji berskala kecil.

Hanya sehingga 10,000 penduduk Muslim di Arab Saudi dibenarkan untuk melakukan ibadah di sana, jauh lebih rendah berbanding 2.5 juta Muslim dari merata dunia yang melakukan ibadah haji pada 2019.

Arab Saudi melaporkan lebih 400,000 kes jangkitan dan 6,700 kematian akibat COVID-19 sejauh ini.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan