Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Geylang Serai kembali bersinar dengan penyalaan lampu Raya

Hiasan lampu Hari Raya pada Jumaat (9 Apr) mula mewarnai kawasan Geylang Serai - sekaligus membangkitkan lagi semangat meraikan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2021 08:10PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 07:22PM

SINGAPURA: Hiasan lampu Hari Raya pada Jumaat (9 Apr) mula mewarnai kawasan Geylang Serai - sekaligus membangkitkan lagi semangat meraikan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal.

Penyalaan lampu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam satu acara sederhana yang turut dihadiri para Anggota Parlimen Melayu termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman.

Acara tahun ini semestinya lebih bermakna kerana Geylang Serai sempat sepi tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Dalam ucapannya, DPM Heng akur musim perayaan tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sudah.

(Gambar: Said Mahadi/BERITAmediacorp)

(Gambar: Said Mahadi/BERITAmediacorp)

Bazaar misalnya, belum boleh dianjurkan dan sekali lagi beralih ke alam maya.

Namun semua ini, tambah DPM Heng, tidak harus melunturkan semangat masyarakat untuk bantu-membantu satu sama lain - suatu pengajaran besar yang diraih semasa pandemik sekarang ini.

Kawasan yang menempatkan Wisma Geylang Serai itu juga katanya, harus terus menjadi nadi masyarakat Melayu.

Semua ini beliau rumuskan menerusi serangkap pantun:

"Wisma Geylang Serai nadi bangsa,
Tangan dihulur, masyarakat dijaga;
Walau Ramadan disambut sederhana,
Semangat puasa tetap sama."

Beliau turut menyampaikan ucapan khas bagi masyarakat Melayu/Islam menjelang tibanya Ramadan dan Syawal.

(Gambar: Petikan dari video)

(Gambar: Petikan dari video)

"Sedang lampu dinyalakan di Geylang Serai malam ini, semoga hati kita juga menjadi terang, dengan rasa kesyukuran kerana diberi kesihatan yang baik, menjaga keluarga kita dan masyarakat dan tekad yang bulat untuk melawan pandemik ini," ucap DPM Heng.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan