Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Dapur tak berasap sebab gantung periuk? Ini antara idea untuk hidangan berbuka puasa

Dapur tak berasap sebab gantung periuk? Ini antara idea untuk hidangan berbuka puasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Dapur tak berasap sebab gantung periuk? Ini antara idea untuk hidangan berbuka puasa

Bufet iftar di Hilton Singapore. (Gambar: Hilton Singapore)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 09:33PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:08PM

SINGAPURA: Apabila hari-hari perlu memasak untuk berbuka puasa dan bersahur kadangkala agak letih juga dan mungkin ada di antara kita yang sibuk dengan kerja atau menguruskan anak-anak dan tidak sempat memasak.

Jika ada hari-hari tertentu dalam bulan Ramadan ini, terdetik di hati anda untuk 'menggantung periuk' supaya dapur tidak berasap, berikut ini senarai restoran halal yang boleh anda pertimbangkan untuk dijadikan juadah berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Malah sebahagian daripadanya turut menawarkan khidmat penghantaran ke rumah.

BUFET IFTAR DI PEPPERMINT

Kebanyakan bahan yang digunakan dalam juadah-juadah yang ditawarkan di restoran Peppermint, menggunakan herba dan sayuran-sayuran segar dari ladang yang diusahakan di atas bumbung premis itu sendiri.

Apabila berbuka puasa di restoran itu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan dari burger mini 'Black Angus' hingga ke kaserol tulang 'lamb shank' dan udang karang 'baby rock'.

(Gambar: Peppermint)

(Gambar: Peppermint)

Lebih menarik lagi, terdapat promosi kad kredit yang menawarkan pilihan satu orang makan berbayar dan seorang lagi makan secara percuma pada setiap Isnin dan juga promosi tiga orang bayar satu orang lagi makan percuma pada hujung minggu.

Harga jamuan malam adalah S$88 bagi setiap orang dewasa dan S$44 bagi setiap kanak-kanak.

TIGA ROTI

Restoran burger popular Three Buns baru-baru ini mula menawarkan pilihan makanan halal yang dipanggil Tiga Roti.

Ia disediakan di sebuah kemudahan komersil untuk menyediakan makanan, khususnya untuk dihantar kepada pelanggan. Dapur seperti itu juga dipanggil 'cloud kitchen'.

Makanan-makanan yang dimasak diperbuat daripada bahan-bahan halal.

Tiga Roti adalah pilihan burger halal Three Burgers. (Gambar: Tiga Roti)

Tiga Roti adalah pilihan burger halal Three Burgers. (Gambar: Tiga Roti)

Sebelum waktu Maghrib, buat tempahan anda menerusi aplikasi Oddle, Grab, Deliveroo atau Foodpanda untuk mendapatkan hidangan-hidangan menyelerakan seperti 'Plug Three', iaitu burger daging Argentina dengan sos tomato, mayonis, keju dan bawang yang diletakkan di antara dua roti demi brioche yang dibakar.

Terdapat juga burger daging carik atau
pulled beef brisket yang dilumur kuah rendang, cili daikon dan sos aioli kelapa yang dipanggil 'Hot Dang'.

Jika anda seorang 'vegetarian' anda boleh menempah Boi Ndoot, iaitu burger yang dgaingnya diperbuat daripada "ayam" Tindle, mentega pasli bawang putih miso serta sos aioli trufel.

BUFET IFTAR DI HILTON SINGAPORE

Hilton Singapore menawarkan sebanyak 30 juadah untuk berbuka puasa dan pemandangan indah bandar Singapura dari tingkat 24 bangunan itu.

Nasi ambeng di Hilton Singapore. (Gambar: Hilton Singapore)

Nasi ambeng di Hilton Singapore. (Gambar: Hilton Singapore)

Antara hidangan yang ditawarkan adalah resepi-resepi khazanah keluarga seperti bubur lemak daging, gado-gado, pilihan hidangan-hidangan Timur Tengah, ikan siakap bakar dengan sos chermoula, shakshuka telur, kuih-muih dan kek keju popular restoran itu.

Juadahnya dihidangkan di meja dan harganya adalah S$74 seorang. Manakala kanak-kanak menikmati potongan harga 50 peratus daripada harga orang dewasa.

NUSANTARA SINGAPORE

Restoran ini adalah sebuah restoran baru. Cefnya, Firdauz Nasir, menghidangkan makanan menggunakan resepi turun-temurun nenek dan ibunya termasuk rendang daging, ayam masak merah, kambing belimbing dan ayam kicap buah keluak.

(Gambar: Nusantara)

(Gambar: Nusantara)

Nusantara bermakna kepulauan Melayu dan Cef Firdauz berusaha untuk menyediakan hidangan-hidangannya menggunakan kurang minyak, kurang gula dan tanpa bahan pengawet.

Hidangan 'heart rice bowl' (cuba dengan gulai itik atau kari itik) disediakan dengan satu protein utama, gado-gado, kai lan bawang putih, sambal goreng, kentang sambal hijau dan sayur lodeh.

Anda boleh makan di restoran atau membuat tempahan sekurang-kurangnya S$30 untuk dihantar ke rumah. Tiada yuran penghantaran dikenakan bagi setiap tempahan S$100 ke atas.

BUFET RAMADAN STRAITS KITCHEN

Tahun ini, Straits Kitchen menawarkan mezze atau pilihan hidangan Lubnan seperti baba ghanoush, khyar bi laban (salada timun dan tairu), pita dan humus, di samping hidangan-hidangan India dan Singapura.

Bufet Ramadan, Straits Kitchen. (Gambar: Straits Kitchen)

Bufet Ramadan, Straits Kitchen. (Gambar: Straits Kitchen)

Apa kata anda cuba kebab daging, ayam mentega, ladu (dumpling) bawang goreng, ketam bercili, 'lamb shank' dan ayam cili kering Sichuan.

Kemudian akhiri jamuan anda dengan pencuci mulut seperti durian goreng dan aiskrim, baklava serta puding roti.

PIZA NASI LEMAK PIZZA ARC

Pelbagai versi nasi lemak sudah dicipta sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kali ini nasi lemak ditawarkan dalam bentuk piza pula.

Piza Nasi Lemak Pizza Arc. (Gambar: Pizza Arc)

Piza Nasi Lemak Pizza Arc. (Gambar: Pizza Arc)

Piza ciptaan Pizza Arc itu diserap dengan pandan dan warna hijau, kemudian dilapisi sambal, keju dan ayam, sebelum ditaburi ikan bilis dan kacang tanah.

Piza nasi lemak itu mula dijual sejak 15 April hingga 15 Jun. Ia ditawarkan dalam bentuk set termasuk sebotol Fanta Coco Pandan, iaitu minuman soda terbaru berperisa sirap kelapa dan jus pandan daripada syarikat Cola Cola sempena Hari Raya 2021.

BUFET CAROUSEL

Carousel memang menjadi destinasi popular bagi hidangan bufet.

Bagi Ramadan tahun ini, juadah yang ditawarkan mengikut cita rasa tempatan termasuk rojak, gado-gado, sate kambing dan ayam serta kuih-muih Nyonya.

Mi Soto Udang Karang di Royal Plaza On Scotts. (Gambar: Carousel)

Mi Soto Udang Karang di Royal Plaza On Scotts. (Gambar: Carousel)

Dengan lebih 100 hidangan ditawarkan, pilihan paling sukar dibuat adalah untuk memilih nasi ambeng atau mi soto udang karang; cendol atau aiskrim faj (fudge) coklat durian?

Cendol di Royal Plaza On Scotts. (Gambar: Carousel)

Cendol di Royal Plaza On Scotts. (Gambar: Carousel)

Gunakan kod promosi EB25 untuk mendapatkan potongan harga 25 peratus.

BUFET TEMPATAN DI GINGER

Hidangan bufet di restoran Ginger juga menawarkan lauk-pauk Melayu dan Indonesia dalam bulan April.

(Gambar: Ginger)

(Gambar: Ginger)

Buat masa ini ia sedang menunggu untuk mendapatkan sijil halal. Restoran itu baru dibuka semula selepas menjalani kerja-kerja ubah elok.

Hidangan-hidangan tempatan yang disediakan termasuk udang gulung katafi dengan mayonis wasabi, udang kukus sambal, murtabak kambing dan tulang 'lamb shank'.

Putu Piring Haig Road juga ditawarkan.

BUBUR STEAK PICANHAS

Restoran steak halal Picanhas menawarkan bubur menarik hanya bersempena bulan Ramadan.

Bubur Picanhas. (Gambar: Picanhas)

Bubur Picanhas. (Gambar: Picanhas)

Dihidangkan seperti hidangan popularnya, Don (iaitu mangkuk nasi), bubur nasi itu dihidangkan dengan deretan 200 gram steak daging, daun bawang dan telur goyang. Harganya adalah S$27 dan boleh ditempah untuk penghantaran ke merata Singapura mulai 12 Mei.

KHAS SEMPENA RAMADAN DI SAMA SAMA

Hanya pada harga S$32 seorang (dengan minimum empat orang) , set menu Ramadan itu menawarkan bakwan udang dengan enam juadah, termasuk sate kambing betawi, gudeng nangka dan semur Jawa daging.

(Gambar: Sama Sama)

(Gambar: Sama Sama)

Selain itu, terdapat pencuci mulut kolak pisang, iaitu campuran pisang, santan, gula melaka dan sagu.

Terdapat juga menu istimewa Ramadan, lontong opor ayam berharga S$15, yang dihidangkan dengan ketupat yang disapu santan dan diletakkan kari ayam di atasnya serta telur rebus dan sambal goreng kentang, iaitu hati ayam, hempedal dan kentang. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan