Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bukit Panjang bermandi cahaya lampu raya buat julung kali

Penduduk kawasan Bukit Panjang buat pertama kalinya dapat menikmati hiasan lampu Raya di estet perumahan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penduduk kawasan Bukit Panjang buat pertama kalinya dapat menikmati hiasan lampu Raya di estet perumahan mereka.

Hiasan lampu lap-lip berdekatan Kelab Masyarakat Senja-Cashew dilancarkan Jumaat malam (30 Apr) dengan kerjasama tiga jawatankuasa eksekutif kegiatan Melayu (MAEC) kawasan itu.

Penyalaan lampu tersebut diharap dapat memberi keceriaan kepada sambutan Aidilfitri penduduk di kawasan itu di tengah-tengah pandemik COVID-19.

"Kami berharap dengan penyalaan lampu Hari Raya kali ini, ia dapat memberikan sedikit keceriaan kepada penduduk. Mentelah lagi, ini merupakan julung-julung kali diadakan penyalaan lampu di sini," kata Pengerusi MAEC Kelab Masyarakat Senja-Cashew Sadiah Mustaffar.

"Saya sangat gembira bahawa kita ada penyalaan lampu Hari Raya di Bukit Panjang, terutama di Kolam Pang Sua yang merupakan mercu tanda di Bukit Panjang. Sebagai penduduk di sini, saya sangat gembira dapat melihat lampu yang berwarna-warni dan terang benderang," ujar seorang penduduk Bukit Panjang, Encik Zulqarnain Zaional Rashid.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan