Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi, Mesir & Lubnan mula berpuasa 13 April

Ramadan dijangka bermula esok (13 Apr) di negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir dan Lubnan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi, Mesir & Lubnan mula berpuasa 13 April

Jemaah umrah Saudi dan warga asing melakukan tawaf di Masjidil Haram pada 4 Okt 2020. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 12 Apr 2021 11:32PM Dikemas Kini : 12 Apr 2021 11:33PM

ARAB SAUDI: Ramadan dijangka bermula esok (13 Apr) di negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir dan Lubnan.

Di Saudi, Menteri Ehwal Islam, Dr. Abdullatif Al-Sheikh mengarahkan supaya solat terawih di semua masjid, dihadkan kepada maksimum 30 minit saja.

Ini sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Saudi bahawa tempoh waktu yang singkat untuk solat Isyak dan terawih itu, dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 semasa bulan Ramadan kali ini.

Para imam di semua masjid di Saudi juga diingatkan supaya mematuhi perlaksanaan ibadah solat berjemaah yang lebih singkat itu.

Ini selain nasihat penjarakan sosial, memakai pelitup dan membawa sejadah sendiri ke masjid untuk berjemaah.

Bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pula, hanya jemaah yang sudah menerima vaksin COVID-19 atau para pesakit yang sudah sembuh, akan dibenarkan memasukinya untuk mengerjakan umrah, solat atau melawat makam.

Setiap hari, jumlah jemaah di Masjidil Haram juga akan dihadkan kepada 100,000 jemaah yang mengerjakan solat dan 50,000 jemaah yang menjalankan umrah.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan