Skip to main content

Iklan

Iklan

Wira-wira pasukan Home Team gigih jalankan tugas sepanjang Ramadan

Tatkala ramai di antara kita yang enak menjamu juadah berbuka puasa bersama anggota keluarga di rumah, ada pula yang perlu bertugas dan berbuka dengan rakan-rakan di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tatkala ramai di antara kita yang enak menjamu juadah berbuka puasa bersama anggota keluarga di rumah, ada pula yang perlu bertugas dan berbuka dengan rakan-rakan di tempat kerja. Bahkan bagi para pegawai keselamatan, berbuka puasa di tempat kerja sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka.

Pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas adalah demi kesejahteraan dan keselamatan negara. Itulah yang dilaporkan oleh sebuah artikel MHA Home Team News.

Dalam pada itu, sokongan dan semangat dari sahabat-handai dari kaum dan agama yang berbeza, meskipun tidak diharapkan, amat dihargai sedang masyarakat Muslim menyempurnakan ibadah puasa.

Semangat berpasukan sebegini dihidupkan oleh para pegawai Home Team seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

PERSIAPAN BERBUKA DI STESEN BOMBA

Pada bulan Ramadan, persiapan untuk berbuka puasa bermula pada jam 6.45 petang di Stesen Bomba Paya Lebar. Menurut laman agensi pemerintah, MHA Home Team News, para pegawai bekerjasama untuk membentangkan plastik dan suratkhabar di lantai dengan teliti menggunakan pita pelekat. Para pegawai lain pula akan membelikan makanan dari kedai-kedai makanan berdekatan.

Kebanyakan rutin anggota bomba kekal sama semasa Ramadan, meskipun masa untuk beberapa latihan mungkin diubah. "Lazimnya, kami melaksanakan latihan penyesuaian agen kimia (chemical agent acclimatisation drill) pada jam 6.00 pagi," menurut Komander Seksyen di Stesen Bomba Paya Lebar, Sarjan (SGT) Mohd Nor Izzat (bawah, kiri) seperti ditukil MHA Home Team News. "Semasa bulan Ramadan, kami mengadakannya pada jam 9.00 malam."

Para pegawai bukan Muslim akan menyertai rakan-rakan Muslim mereka bila sampai waktu berbuka. Malah mereka berasa kagum para anggota bomba beragama Islam terus berpuasa meskipun perlu memenuhi tuntutan fizikal dalam tugas seharian.

RAKAN BUKAN MUSLIM ELAK MAKAN DAN MINUM DI HADAPAN PEGAWAI MUSLIM

Maka itu, mereka cuba untuk tidak makan atau minum di hadapan rakan-rakan bukan Muslim mereka. Salah seorang daripadanya ialah pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Inspektor (INSP) Justino Guo (bawah, kiri),

Beliau akan duduk berbuka bersama dengan anggota pasukannya bila tiba waktu berbuka.

"Sebagai Ketua Kumpulan, saya mencuba yang terbaik untuk memberikan sokongan moral. Ini kerana saya berpendapat semasa bulan Ramadan, setiap usaha untuk memberi sokongan kepada anggota kumpulan saya penting," katanya. "Mengelakkan daripada minum adalah satu cabaran dan saya akan memantau kesihatan mereka sekiranya ada di antara anggota pasukan saya tidak begitu sihat."

Salah seorang pegawai Pasukan Polis Singapaura (SPF) yang ditugaskan di bazar Geylang buat tahun kesembilan berturut-turut ialah SGT (NS) Andi Johann (atas, kanan). "Tugas rondaan di bazaar Geylang memberi saya peluang untuk berkenalan dengan para penjual, kerana kami bertemu hampir setiap hari," katanya. "Ini adalah antara perkara yang saya suka mengenai tugas saya kerana saya suka berjumpa orang-orang baru."

BERKAS SUSPEK KETIKA MERONDA BAZAR

Saban tahun, kemeriahan Ramadan dirasakan di Bazar Geylang. Di sini, para pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) melakukan rondaan demi memelihara keselamatan awam.

Pada 2011, SGT (NS) Andi Johann telah membantu memberkas seorang suspek semasa beliau sedang melakukan rondaan semasa Ramadan. Ini setelah pasukannya menerima maklumat mengenai bilik air yang dikunci di Tanjong Katong Complex. "Pegawai keselamatan menelefon untuk memaklumkan kami bahawa beliau ternampak seorang lelaki, yang kelihatan tidak stabil secara mental, memasuki tandas itu," menurut SGT Andi. "Sebenarnya, lelaki itu disyaki telah mengambil dadah dan kami berjaya memberkasnya."

Di acara-acara utama, keselamatan awam adalah paling penting, SGT See Delong ditugaskan di bazar Geylang sejak lima tahun lalu. Antara tanggungjawabnya adalah memantau pergerakan orang ramai, menerima maklumat dari bilik operasi dan memberitahunya kepada para pegawai yang sedang melakukan rondaan. "Kadang kala kami menerima panggilan mengenai budak-budak hilang dan dengan cepat memeriksa CCTV untuk mencari mereka," kongsinya.

Menerusi perbuatan-perbuatan kecil ini semasa Ramadan, semangat berpasukan Home Team terserlah. "Sebagai tanda menghormati rakan kerja saya yang beragama Islam, saya akan makan malam pada masa sama mereka berbuka puasa," ujar SGT Delong. 

Rencana asal diterbitkan oleh Home Team News di www.mha.gov.sg/hometeamnews.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan