Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam Greenland berpuasa paling lama tahun ini; sekitar 21 jam

Umat Islam di kebanyakan negara memulakan ibadah puasa pada Isnin, 6 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam Greenland berpuasa paling lama tahun ini; sekitar 21 jam

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 May 2019 07:33AM Dikemas Kini : 06 May 2019 09:22AM

BERITAmediacorp: Umat Islam di kebanyakan negara memulakan ibadah puasa pada Isnin, 6 Mei.

Di Singapura, tempoh berpuasa adalah hampir sekitar 14 jam sehari. Begitu juga di Malaysia, menurut laporan Astro Awani.

Tempoh berpuasa di negara-negara jiran seperti Jakarta di Indonesia pula adalah sekitar 13 jam.

Namun di beberapa negara lain, tempoh berpuasa melebihi 14 jam dengan masa berpuasa di Nuuk, Greenland, adalah lebih 20 jam.

Ini sekaligus bermakna umat Islam di ibu kota Greenland itu berpuasa paling lama, menurut laporan Astro Awani.

Menurut laporan itu lagi, waktu subuh di Nuuk adalah sekitar pukul 3.30 pagi manakala waktu terbenam matahari pula adalah sekitar pukul 8.10 malam.

Dua negara lain yang turut mencatatkan tempoh berpuasa paling lama adalah Oslo, ibu kota Norway dan Stockholm, di Sweden di mana umat Islam berpuasa selama 20 jam.

Sementara itu, tempoh paling singkat dicatatkan di New Zealand iaitu selama 11 jam.

Berikut adalah perbandingan tempoh berpuasa di seluruh dunia:  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan