Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tips kekal sihat bagi menyambut ketibaan Syawal

Pada bulan Ramadan, sesetengah anggota masyarakat Muslim mengambil peluang untuk merubah gaya hidup mereka dengan mengawal pengambilan makanan dan memilih santapan berbuka yang lebih sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Tips kekal sihat bagi menyambut ketibaan Syawal

Kolaborasi Grain dan Restoran Hajah Maimunah dengan hidangan Rendang Daging dengan Urap dan Nasi Perang Ubi Bit. (Gambar: grain.com.sg)

Diterbitkan : 03 Jun 2019 11:28PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 06:39PM

MALAYSIA: Pada bulan Ramadan, sesetengah anggota masyarakat Muslim mengambil peluang untuk merubah gaya hidup mereka dengan mengawal pengambilan makanan dan memilih santapan berbuka yang lebih sihat.

Namun, ada kalanya juga, berlaku 'overeating' atau kekenyangan, terutama ketika berbuka puasa. Tanpa disedari makanan yang ambil, walaupun jumlahnya kecil, mungkin berkalori tinggi.

Di bawah ini dikongsikan beberapa tips oleh freemalaysiatoday yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri:

1. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan.

Cara ini membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal.

2. Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan serat.

Menurut laporan freemalaysiatoday kaedah tersebut membantu dalam mengelakkan diri anda daripada mengalami masalah sembelit semasa hari raya.

Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda “terperangkap” di dalam tandas sepanjang hari.

3. Kurangkan atau lebih baik lagi elakkan daripada mengambil makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola tang merupakan minuman popular di hari raya.

Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi.

Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga.

Ini kerana jika diambil dengan berlebihan ia boleh membawa kepada masalah makanan tidak hadam dan sembelit.

4. Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan.

Anda juga digalakkan ambil sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

5. Lebihkan makan sayur dan buah-buahan segar.

Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari. 

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan