Skip to main content

Iklan

Iklan

Tiada maaf tidak celik al-Quran

Umat Islam tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak fasih membaca al-Quran, menurut teks khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti yang dipetik oleh akhbar Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada maaf tidak celik al-Quran

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 25 May 2019 01:24AM Dikemas Kini : 25 May 2019 01:36AM

KUALA LUMPUR: Umat Islam tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak fasih membaca al-Quran, menurut teks khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti yang dipetik oleh akhbar Malaysiakini.

"Dewasa ini bagai tiada alasan untuk memaafkan orang yang buta al-Quran kerana sudah banyak kaedah dicipta dan kelas-kelas pengajian diwujudkan untuk memberi bantuan kepada mereka supaya dapat mengatasi kelemahan tersebut,” menurut mimbar.

Selain itu, mimbar turut mengingatkan supaya tidak mengambil sikap acuh tak acuh dalam membaca al-Quran.

"Walaupun telah banyak ketinggalan, namun kita hendaklah terus berusaha untuk mengatasinya," menurut mimbar seperti dipetik Malaysiakini.

Mimbar juga menyatakan pengajian al-Quran wajar mengikut hukum bacaannya yang betul.

"Adalah sangat wajar diambil perhatian bahawa al-Quran mesti dibaca dengan tartil dan menjaga makhraj huruf serta hukum bacaannya dengan betul.

"Setiap kita mesti berusaha untuk memahami ayat yang dibaca supaya kita dapat menikmati hidayah Allah Taala dan seterusnya melaksanakan segala perintah yang terkandung di dalamnya," menurut teks khutbah tersebut, seperti dipetik Malaysiakini.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan