Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Solat terawih 23 rakaat dalam masa 7 minit!

 Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam di seluruh dunia pasti tidak akan melepaskan kesempatan untuk memperbanyak melakukan ibadat pada bulan mulai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat terawih 23 rakaat dalam masa 7 minit!

(Gambar hiasan: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 10 May 2019 03:59PM Dikemas Kini : 10 May 2019 04:03PM

CIREBON: Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam di seluruh dunia pasti tidak akan melepaskan kesempatan untuk memperbanyak melakukan ibadat pada bulan mulai ini.

Ini termasuklah menunaikan solat sunat Terawih. Namun baru-baru ini, rakaman video 'Terawih kilat' yang didakwa berlaku di Indonesia menjadi tular di media sosial, sekaligus menerima perhatian ramai netizen.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, para jemaah di negara itu memang terkenal dengan cara mengerjakan ibadat tersebut dengan pantas.

Menurut laporan berita Liputan6, beratus-ratus jemaah di Masjid Padepokan Al-Busthom di Cirebon menunaikan solat Terawih 20 rakaat dan tiga rakaat Witir dalam tempoh antara sekitar tujuh hingga 10 minit sahaja.

Meskipun solat sunat itu dilakukan dengan gerakan yang cepat dengan pilihan bacaan ayat-ayat al-Quran yang pendek, namun para jemaah tetap bersikap tertib.

Para jemaah masjid juga dilaporkan yakin bahawa solat mereka diterima sebagai ibadah kerana menepati syariat Islam.

Liputan6 melaporkan bahawa 'Solat Terawih terpantas' sudahpun menjadi tradisi masyarakat di daerah tersebut, malahan menjadi tarikan dalam kalangan masyarakat setempat kerana ia dilaksanakan dalam tempoh yang begitu singkat.

Ketua daerah Cirebon, Ujang Bustomi yang juga imam solat sunat terawih terpantas itu, berkata ia bertujuan mendorong masyarakat tempatan supaya tidak malas menunaikan solat sunat itu.

Detik News menukil beliau sebagai berkata: "Solat sunat Terawih cepat ini agar masyarakat mudah menunaikan solat. Ini kerana ramai juga (jemaah) yang kurang senang kerana lama."  

Sumber : Agensi berita/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan