Skip to main content

Iklan

Iklan

Seluruh kawasan Geylang Serai bermandi cahaya sempena acara penyalaan lampu Hari Raya

Seluruh kawasan Geylang Serai bermandi cahaya sempena acara penyalaan lampu Hari Raya pada Jumaat (3 Mei) oleh Presiden Halimah Yacob.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seluruh kawasan Geylang Serai bermandi cahaya sempena acara penyalaan lampu Hari Raya pada Jumaat (3 Mei) oleh Presiden Halimah Yacob.

Suasana lebih meriah lagi dengan Bazar Raya yang dirasmikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli bagi mengalu-alukan kedatangan Ramadan.

Turut hadir ialah Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, Datuk Bandar CDC Tenggara dan para AP Melayu/Islam yang lain.

Buat julung-julung kalinya, bazar di Geylang Serai diselaraskan WGS dan mempunyai 500 gerai, yang menawarkan barangan keperluan khusus bagi Ramadan dan Hari Raya serta makanan tradisional Melayu.

WGS juga menawarkan lebih banyak ruang masyarakat bagi orang ramai duduk berbuka bersama.

"Pengunjung dapat melihat suasana kekampungan dan kemasyarakatan yang dahulu wujud dan hari ini kita ingin mewujudkan sekali lagi supaya kita dapat terus berasa bangga bahawa di Singapura ini adalah negara yang mana kita terus menyemarakkan lagi, meningkatkan nilai kemasyarakatan dan kekeluargaan," kata Menteri Negara Kanan MFA & MINDEF, Dr Mohamad Maliki Osman.

Anggota Parlimen GRC Marine Parade Dr Fatimah Lateef menambah: "Kita berharap semua orang akan datang bersama-sama, kongsi ruang sama kita di sini dan juga masyarakat majmuk, dari luar negeri, pengunjung dan sebagainya sama-sama mengambil tahu dan mendalami persefahaman tentang Islam, bulan Ramadan dan juga kebudayaan Melayu."

Gerai-gerai di Bazar Raya Geylang Serai ini dibuka sehingga 5 Jun manakala hiasan lampu Raya bernyala selama tujuh minggu hingga 16 Jun. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan