Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saumaah Yahudi anjur sesi berbuka puasa

Sekitar 100 orang menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah Saumaah pada Isnin (3 Jun), yang pertama seumpamanya dianjurkan bersama Pertubuhan Antara Agama (IRO), Lembaga Kebajikan Yahudi (JWB), dan Roses of Peace.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 100 orang menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah Saumaah pada Isnin (3 Jun), yang pertama seumpamanya dianjurkan bersama Pertubuhan Antara Agama (IRO), Lembaga Kebajikan Yahudi (JWB), dan Roses of Peace.

Majlis itu turut meraikan hubungan silang agama yang harmoni antara masyarakat Islam dengan Yahudi di Singapura.

Perjumpaan di Maghain Aboth Synagogue itu dihadiri para pemimpin masyarakat termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Mohamed Irshad dan duta-duta belia Roses of Peace.

PELUANG PERDALAM PERSEFAHAMAN

Menurut Encik Irshad, perhimpunan seperti itu menjadi pemangkin keamanan yang menular ke merata dunia.

Ia juga diharap membuka ruang kepada potensi untuk bekerjasama dan memperdalam lagi persefahaman bersama untuk menjaga keharmonian agama serta memperkuat ikatan dan persahabatan masyarakat majmuk di Singapura.

Majlis di Waterloo Street tersebut diserikan lagi oleh kehadiran tetamu terhormat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu.

Sebelum waktu berbuka puasa, Ketua IRO, Noor Marican membacakan Perisytiharan Keharmonian Agama.

Perisytiharan tersebut menjadi lambang jalinan hubungan muhibbah dan persefahaman antara kedua-dua agama, demi memelihara keharmonian agama di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan