Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sanggup bertarawih selama 8 jam? Masjid ini sudah amalkannya sejak 5 tahun lalu

Baru-baru ini heboh berita tentang solat tarawih 'kilat' di Cirebon, Indonesia, di mana para jemaah menunaikan solat tarawih 20 rakaat berserta solat witir tiga rakaat, dalam masa tujuh hingga 10 minit sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup bertarawih selama 8 jam? Masjid ini sudah amalkannya sejak 5 tahun lalu

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 10:42PM Dikemas Kini : 13 May 2019 11:37PM

MAGETAN: Baru-baru ini heboh berita tentang solat tarawih 'kilat' di Cirebon, Indonesia, di mana para jemaah menunaikan solat tarawih 20 rakaat berserta solat witir tiga rakaat, dalam masa tujuh hingga 10 minit sahaja.

Kini sebuah masjid di Magetan mendapat perhatian atas sebab sebaliknya.

Detik News melaporkan, Masjid Darussalam Pondok Pesantren Al Fatah di Magetan menganjurkan solat tarawih selama lapan jam.

Menurut seorang imam di sana yang mengenalkan dirinya sebagai Ma'ruf, tradisi menunaikan solat tarawih yang panjang itu bermula lima tahun lalu dan masih kekal hingga ke hari ini.

"Masih ada sampai sekarang setiap puasa Ramadan rutin tarawih 8 jam," kata beliau seperti ditukil Detik News.

Beliau menambah, setiap malam enam imam akan secara bergilir memimpin jemaah tarawih itu hingga selesai.

Setiap malam juga, mereka akan mengkhatam 30 juz Al-Quran dalam solat.

Menurut laman Liputan6, solat tarawih di Magetan selalunya selesai sekitar 3.00 pagi waktu tempatan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan