Skip to main content

Iklan

Iklan

Rumah Shah Slam terbakar, rakan artis lancar tabung bantuan

Anggota kumpulan Slam, Shah dan isterinya Ina Freshies menghadapi dugaan apabila rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang di Selangor terbakar akibat litar pintas, pada malam Khamis (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Shah Slam terbakar, rakan artis lancar tabung bantuan

(Gambar: Facebook/shah slam)

Diterbitkan : 18 May 2019 10:43PM Dikemas Kini : 18 May 2019 10:53PM

AMPANG JAYA: Anggota kumpulan Slam, Shah dan isterinya Ina Freshies menghadapi dugaan apabila rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang di Selangor terbakar akibat litar pintas, pada malam Khamis (17 Mei).

Menurut Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bilik salah seorang daripada tiga anaknya di bahagian atas rumah itu musnah.

“Saya reda dengan ujian Allah di bulan Ramadan ini dan perlu banyak bersabar. Saya juga bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dan tiada kejadian buruk berlaku,” katanya.

Shah berkata, dia paling takut jika api merebak hingga ke rumah jiran dan bersyukur anggota bomba dapat mengawal kebakaran dengan cepat, lapor Harian Metro.

Menurutnya, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah.Beliau berada di Shah Alam atas urusan kerja manakala anggota keluarga yang lain berbuka puasa di luar.

Shah berkata, pihak bomba memaklumkan kejadian berpunca daripada litar pintas dipercayai pada alat pendingin udara di bilik anaknya itu.

Harian Metro melaporkan kejadian itu turut memusnahkan perabot, peralatan sekolah dan pakaian anak-anaknya.

"Saya tak pasti anggaran kerugian berapa tapi banyak barang yang tidak boleh digunakan lagi. Buat masa ini kami menumpang di sebuah 'homestay' berhampiran atas ihsan jiran," katanya.

Dalam pada itu, Shah turut terharu dengan usaha beberapa rakan artis yang sudah mula melancarkan tabung bantuan mulai hari ini.

Antaranya, pelancaran tabung bantuan segera pada majlis berbuka puasa 5 Suara bersama Artis Malaysia 90-an yang akan mengumpulkan 100 artis tempatan di sebuah hotel di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan