Skip to main content

Iklan

Iklan

Rendang, lontong pengubat rindu kampung halaman di Aceh

Juadah rendang dan lontong tempatan menjadi pengubat rindu kampung halaman jauh di bumi Aceh, Indonesia buat Cik Hanim Abdul Manaf, 35 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Rendang, lontong pengubat rindu kampung halaman di Aceh

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 11:27AM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 11:32AM

KUALA LUMPUR: Juadah rendang dan lontong tempatan menjadi pengubat rindu kampung halaman jauh di bumi Aceh, Indonesia buat Cik Hanim Abdul Manaf, 35 tahun.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, jika tiba sahaja lebaran juadah rendang khususnya sudah cukup membuatkan beliau sebak mengingati kampung halaman.

Cik Hanim yang mendirikan rumah tangga dengan warganegara Malaysia dari Pahang itu berkata tiba sahaja lebaran, rendang antara juadah yang wajib ia sudah diibarat seperti sudah beraya di Aceh.

"Sudah 18 tahun saya di Malaysia dan Alhamdulillah walaupun jauh dari kampung halaman, saya aman di sini. Perasaan rindu di kampung itu usah dicakap, rindu yang amat. Sekarang ini, dah lapan tahun saya tidak pulang beraya ke Banda Aceh, kerana tidak berkemampuan tapi insya-Allah hujung tahun ini akan kami sekeluarga pulang ke sana," katanya pada Bernama di Program Berbuka Puasa Ramadan di Perantauan Bersama Pekerja Asing di Malaysia anjuran Fomema, semalam (31 Mei). 

Program berbuka puasa yang julung kali diadakan itu berjaya mengumpul puluhan warga asing khusus mereka yang bekerja dalam sektor 3D (sukar, kotor dan berbahaya) di Malaysia.

Rakyat Rohingya Encik Mohd Rofik Abdul Hisyam, 28 tahun, berkata beliau amat merindui kampung halaman di Arakan apabila tiba bulan Ramadan.

Perasaan membuak-buak muncul apabila masakan Rohingya yang sudah siap agak sukar dicari di Malaysia dan mereka harus memasak sendiri.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana masih bernafas hari ini walaupun pergolakan berlaku di negara itu dan masih hidup aman di Malaysia.

"Sudah tentu saya suka masakan ayam, daging, dan ikan macam Rohingya punya cara. Tapi masakan Malaysia juga sedap.

Di sini saya boleh dapat macam-macam makanan orang Melayu, India dan lain-lain dengan begitu mudah," katanya yang sudah memasuki tahun ketujuh di Malaysia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan