Skip to main content

Iklan

Iklan

Remaja berbilang kaum, agama ganding bahu jayakan Projek Agihan Kasih

Lebih 40 relawan belia dari pelbagai latar belakang dan agama mengambil bahagian dalam Projek Agihan Kasih atau (Porridge 4 All) anjuran Masjid Darul Aman baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Lebih 40 relawan belia dari pelbagai latar belakang dan agama mengambil bahagian dalam Projek Agihan Kasih (Porridge 4 All) anjuran Masjid Darul Aman baru-baru ini.

Para remaja ini bersatu hati dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memberi habuan yang berupa bubur 'vegetarian' dan kurma kepada golongan yang memerlukan dan ini membawakan mesej insani kepada semua masyarakat di Singapura.

Inisiatif daripada pihak pengurusan Masjid Darul Aman ini bermatlamat untuk merapatkan silaturrahim antara kaum dan agama serta memupuk sifat memberi dalam setiap keadaan dan masa.

BUBUR DAN KURMA SINONIM DENGAN RAMADAN

Bubur serta kurma merupakan juadah yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan dan begitu juga dengan semangat memberi dan berkongsi sama yang amat digalakkan.

Gambar ihsan: Zaki Abdul Aziz

Ramai yang berlumba-lumba merebut peluang berbuat baik dan juga berkhidmat kepada orang lain untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Namun begitu, kerja-kerja amal ini tidak dikhususkan bagi orang Muslim dan juga dari orang Muslim saja, sebaliknya kerjasama antara kaum dan agama amat digalakkan untuk memupuk persefahaman serta keyakinan sesama insan.

Begitulah yang tampak dalam usaha ini yang diserikan dengan kehadiran relawan belia dari Kuil Shinnyo-en dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum & Agama (IRCC) yang menjadi sebuah wadah untuk para belia saling berinteraksi dan berkerjasama sambil beramal.

AGIH BUBUR, SEBAR RAHMAH

Para relawan dari tiga buah instituisi bertungkus lumus lagi bersungguh-sungguh untuk mengagihkan bubur kepada orang orang awam yang lalu-lalang di sekitar stesen MRT Eunos dan juga Pusat pertukaran Bas Eunos. Ia turut menjadi lambang sifat rahmah dan kasih sayang yang ingin dizahirkan oleh para relawan, yang tidak kenal erti penat walaupun peluh bercucuran tapi semangat kental untuk berkhidmat tidak menghalang mereka untuk menghabiskan 3 bakul penuh berisi bubur.

Tidak kira kaum atau agama, sesiapa sahaja yang disapa oleh para relawan, akan menerima bubur tersebut. Setiap individu yang disapa, senyuman dan santunan pasti dizahirkan oleh para relawan. Ia sebagai lambang sifat rahmah yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan perpaduan antara berbilang agama dan kaum di Singapura.

Pembahagian habuan bermula sekitar jam 2.00 petang dengan taklimat ringkas disampaikan sebelum memulakan pengagihan sekitar 2.30 petang dan keseluruhannya berakhir pada jam 3.30 petang.

Gambar ihsan: Zaki Abdul Aziz

Acara pengagihan habuan yang diadakan pada Sabtu lalu (11 Mei) juga akan diadakan setiap Sabtu dan diberikan kepada para penduduk yang menetap di sekitar kawasan kejiranan Masjid Darul Aman, dengan memberikan tumpuan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta kaum dan agama di kawasan itu.

Sentuhan Ramadan menjadi lambang untuk menguatkan ihsan dan rahmah sesama insan dan mesej inilah yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum agar ia menjadi pengukuh ikatan kehormanian kaum dan agama di Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan