Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Puding Raja' pencuci mulut popular bulan Ramadan

Puding Raja, sejenis kuih terkenal di Pahang yang dahulunya hanya menjadi juadah santapan diraja, kini antara kuih paling popular pada bulan Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Puding Raja' pencuci mulut popular bulan Ramadan

Kuih terkenal Pahang, 'Puding Raja', memikat selera berbuka puasa. (Gambar-Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 May 2019 01:31PM Dikemas Kini : 09 May 2019 01:36PM

KUANTAN: Puding Raja, sejenis kuih terkenal di Pahang yang dahulunya hanya menjadi juadah santapan diraja, kini antara kuih paling popular pada bulan Ramadan.

Menjelas lanjut mengenai makanan pencuci mulut itu, penjual kuih Ahmad Mohd Ishak berkata bahan-bahan utamanya adalah pisang lemak manis dan jala emas (kuning telur dimasak dengan air gula) buah prun, ceri manis dan kacang gajus.

"Krimnya yang manis membuatkan puding raja berbeza daripada kuih-kuih lain. Rasanya yang seimbang antara manis dengan berkrim... maka tidak mudah berasa mual, walaupun telah makan dengan banyak," katanya kepada agensi berita Bernama ketika ditemui di bazar Ramadan di Kuantan.

Encik Ahmad mendakwa resipi keluarganya itu sememangnya berasal dari istana di Pekan kerana ibunya, Engku Remah Engku Stibha, pernah memasak untuk keluarga diraja ketika usia mudanya. Beliau mula berniaga puding raja pada 2012.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, disebabkan faktor usia yang sudah lanjut, ibunya menyerahkan perniagaan itu kepadanya pada 2017.

Encik Ahmad berkata pada bulan Ramadan, beliau boleh menjual sehingga 200 bekas kuih sehari bersaiz kecil, sederhana dan besar yang dijual pada harga RM5 (S$1.64) hingga RM30 (S$9.85).

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Encik Ahmad berkata beliau perlu ke pasar tani seawal pukul 5.00 pagi untuk membeli pisang dan menggunakan sehingga 300 biji telur dan enam kilogram gula untuk membuat jala emas, yang perlu ditambah setiap dua atau tiga hari.

Encik Ahmad berkata kuih puding raja keluarganya juga menjelajah ke luar Kuantan dan ada pelanggan yang sanggup menunggu di terminal bas untuk mengutip kuih yang dipesan mereka.

"Puding raja boleh tahan sehingga seminggu jika disimpan dalam penyejuk tetapi susu hendaklah di simpan dalam ais. Bagaimanpun saya mahu pelanggan saya mendapat yang terbaik, oleh itu saya tidak menyimpan stok yang besar," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan