Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS sasar kumpul $1 juta bagi program kendaliannya

Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menetapkan sasaran untuk mengumpul S$1 juta bagi membiayai program-program kendaliannya. Bagi melancarkan usaha itu, satu jamuan tengah hari diadakan di Wisma Geylang Serai, sempena projek Ihsan Ramadan (IR) tahunan PPIS. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menetapkan sasaran untuk mengumpul S$1 juta bagi membiayai program-program kendaliannya. Bagi melancarkan usaha itu, satu jamuan tengah hari diadakan di Wisma Geylang Serai, sempena projek Ihsan Ramadan (IR) tahunan PPIS. 

Kanak-kanak menjadi penghibur hati sekitar 200 tetamu projek tahunan IR PPIS yang dimulakan sejak 2016, bagi meningkatkan lagi hubungan pertubuhan itu dengan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Bagi Alicia Jong, dia sanggup menghafal lagu Melayu, sebagai satu tanda penghargaan kepada para penderma PPIS.

Alicia merupakan antara penerima bantuan khidmat Pusat Jagaan Pelajar PPIS.

"PPIS menganjurkan banyak kegiatan dan program bagi anak saya. Saya amat berterima kasih kepada PPIS," kongsi ibu Alicia, Cik Chang Chai Jun.

Turut hadir di acara jamuan tengah hari pada Sabtu (4 Mei) ialah Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman.

"Hari ini kita lihat bagaimana para penderma dan penyokong diundang, untuk mengenali dengan lebih rapat lagi para penerima bantuan di samping mengetahui tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan PPIS," kata Dr Maliki, yang juga Datuk Bandar CDC Tenggara.

"Saya rasa dengan kesenimbungan ini, kita dapat memberi satu kefahaman yang lebih mendalam lagi, kepada mereka yang menerima," tambahnya.

Jamuan tengah hari yang dihadiri pihak berkepentingan, penderma dan penerima bantuan PPIS ini, juga diadakan sebagai menandakan bermulanya usaha mengumpul derma PPIS bertemakan ‘We Have a Dream’.

Persatuan tersebut juga menetapkan sasaran lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Hari ini PPIS melancarkan kempen pengumpulan dana yang bertemakan 'We Have a Dream'. Sasaran kami adalah mengumpulkan sebanyak $1 juta bagi membantu PPIS melakarkan program-program yang dapat memberikan program berkualiti kepada penerima khidmat PPIS dan juga masyarakat secara umum," jelas Presiden PPIS, Cik Rahayu.

Di bawah Projek Ihsan Ramadan tahun ini, PPIS mengagihkan S$84,000 kepada lebih 1,000 penerimanya bagi menyambut Ramadan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan