Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis persandingan pada hari ke-4 Syawal raikan 2 'Fitri' dalam satu acara

Kemeriahan kunjung-mengunjung diteruskan hari ini sempena hujung minggu pertama Hari Raya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kemeriahan kunjung-mengunjung diteruskan hari ini sempena hujung minggu pertama Hari Raya.

Namun, bagi sebuah keluarga, budaya mengeratkan silaturahim ini lebih semarak daripada biasa dengan adanya majlis persandingan anak mereka.

Yang pasti, majlis tersebut bukan sahaja diadakan bersempena hari keempat Aidilfitri, malah ia turut berlangsung bagi meraikan satu lagi 'Fitri' yang selamat bersanding hari ini.

TAMBAHKAN LAGI KEMERIAHAN

Muhammad Fitri Agost dan isterinya Nur Syereen Sadan bahkan berbesar hati dapat sekaligus mengumpulkan sanak-saudara dalam majlis dua-dalam-satu ini.

"Kalau kita buat majlis perkahwinan pada hari biasa dan kita mengunjungi saudara-mara pada hari biasa memang dah meriah, jadi kita menambahkan meriahnya dan isteri saya juga dapat bertemu dengan saudara-mara sebelah saya," kongsi Encik Fitri, 23 tahun.

LEBIH SERONOK ERATKAN SILATURAHIM

Malah bapa pengantin lelaki Encik Agost Sulaiman juga mengambil peluang itu memudahkan keluarga dan sanak-saudara saling bersua dan berjabat mesra semasa musim perayaan tersebut.

"Selalunya orang Melayu kita kalau walimatul urus mereka akan cuba sedaya upaya datang, jadi itu yang lebih seronok dan lebih mengeratkan tali silaturahim," ujar Encik Agost.

SEMANGAT RAYA MASIH BERKOBAR

Perjumpaan Hari Raya dalam bentuk majlis persandingan di The Orange Ballroom ini bahkan bukan sesuatu yang dianggap janggal, malah disambut baik tetamu majlis.

"Kalau kita datang jemputan waktu bulan Syawal ada dua perayaan, satu meriahkan majlis dan lagi satu suasana Hari Raya masih ada, lagi berkobar-kobar, jadi silaturahim itu lebih erat dan lebih mesra," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan