Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lebih banyak masjid S'pura diharap tawar bubur lebih sihat pada Ramadan 2020 nanti

Sejajar dengan daya usaha Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memupuk budaya gaya pemakanan sihat, tahun depan, lebih banyak masjid di Singapura diharap menawarkan bubur lebih sihat pada bulan Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2019 06:02PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 10:07PM

SINGAPURA: Sejajar dengan daya usaha Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memupuk budaya gaya pemakanan sihat, tahun depan, lebih banyak masjid di Singapura diharap menawarkan bubur lebih sihat pada bulan Ramadan.

Harapan tersebut disuarakan Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin semasa berkunjung ke Masjid Al-Falah pada Khamis (30 Mei).

Buat masa ini, inisiatif tersebut sudahpun dimulakan oleh tiga masjid tempatan tahun ini dengan masing-masing menawarkan kedua-dua bubur biasa dan yang lebih sihat sepanjang bulan puasa.

Matlamat inisiatif itu adalah untuk memperkenalkan para jemaah kepada pilihan makanan wajib yang lebih sihat semasa berpuasa.

"Bubur Ramadan ini juga boleh menjadi bahan berkhasiat untuk masyarakat kita. Bubur ini kaya dengan serat dan khasiat-khasiat lain.

"Saya gembira masyarakat kita pandai dan bijak memilih dan mahu pilihan yang sihat untuk bulan Ramadan ini," menurut Encik Amrin di Masjid Al Falah.

Di masjid itu misalnya, jawatankuasa pentadbir mendapatkan khidmat penyedia makanan untuk menyiapkan bubur biasa yang dibahagi-bahagikan selepas Zohor setiap hari dalam bulan Ramadan ini.

Bubur masjid menggunakan "oats" oleh Masjid Angullia. 

Setiap hari selepas Asar pula, Masjid Angullia membekalkan sekurang-kurangnya 300 bungkus bubur menggunakan "oats" kepada Masjid Al-Falah, Masjid Utara dan tapak binaan pembangunan semula Masjid Angullia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan