Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Larang guna imam luar negara; utamakan pelajar tahfiz tempatan untuk tarawih

Larangan ke atas imam dari luar negara untuk memimpin solat sunat tarawih di Perak akan memberi peluang kepada para pelajar tahfiz tempatan untuk berlatih.

Anggaran Waktu Membaca:
Larang guna imam luar negara; utamakan pelajar tahfiz tempatan untuk tarawih

(Gambar hiasan: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 10:10PM Dikemas Kini : 13 May 2019 11:37PM

IPOH: Larangan ke atas imam dari luar negara untuk memimpin solat sunat tarawih di Perak akan memberi peluang kepada para pelajar tahfiz tempatan untuk berlatih.

Demikian menurut pengarah Jabatan Agama Islam Perak Mohd Yusop Husin hari ini (13 Mei) seperti dilaporkan Astro Awani.

Kenyataan ini menyusuli pengumuman Mufti negeri tersebut Harussani Zakaria awal bulan ini, yang berkata bahawa Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memerintahkan agar imam dari luar negara tidak dibenarkan menjadi imam solat tarawih di negeri itu.

"Kita di Perak ni, kita ada 70 maahad tahfiz yang berdaftar, jadi mungkin kita nak bertukar selera. Sesetengah masjid nak bertukar selera, ada imam-imam sepanjang sebelum Ramadan ni bukan yang hafiz, maka nak tukar selera, nak cari yang hafiz.

"Jadi kenapa kita tak menggunakan kesempatan yang ada, untuk kita menjemput pelajar-pelajar tahfiz di samping kita memberikan ruang untuk (latihan) praktikal," ujar Encik Mohd Yusop seperti ditukil Astro Awani.

"(Imam yang) kita jemput dari luar kadang-kadang kita tidak tahu latar belakang. Kita jemput daripada Thailand, Syria, atau Libya kita pun tidak tahu siapa. Kita dengar beliau seorang hafiz tapi kita pun tak tahu latar belakang. Maka eloklah kita utamakan produk negeri sendiri," ujar beliau lagi.

Astro Awani melaporkan selain 70 maahad tahfiz, Jabatan Agama Islam Perak turut mempunyai 80 penuntut pengajian al-Quran peringkat diploma di Intitut Tadbiran Islam Perak (INTIM) selain yang terdapat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan