Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagu raya baru 'Dikiraya' mengadunkan pop dan dikir barat

'Rajin-rajinlah kita menziarahi, Jangan pula asyik menghadap TV.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 'Rajin-rajinlah kita menziarahi, Jangan pula asyik menghadap TV.
Kalau berbaju kurung, upload selfie,
Tunjukkan jati diri.'

Demikian petikan senikata dari 'Dikiraya' yang dinyanyikan oleh Reyza Hamizan, Tiesha dan Iskandar Rawi.

Disebalik lirik lagu yang berbaur jenaka, tersirat makna yang cukup mendalam.

"Boleh kalau nak berswafoto (selfie) tapi jangan sampai melebihi batas. Sebab kita raya untuk menziarahi, untuk bermaafan, untuk menjalinkan kembali hubungan antara saudara mara, sahabat handai," pesan Reyza Hamizan selaku penggubah dan penyanyi lagu tersebut.

Pengunjung di Wisma Geylang Serai menjadi antara yang pertama dapat menikmati 'Dikiraya' yang dipersembahkan secara 'live' sempena acara '6 String Showcase' malam semalam (19 Mei).

GENRE MUZIK DI LUAR ZON SELESA

Menghasilkan lagu-lagu raya mungkin bukan sesuatu yang asing bagi Reyza yang pernah berkecimpung dalam dikir barat.

Namun, tidak begitu bagi pendatang baru Tiesha.

"Buat diri saya sendiri, saya tak pernah menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan dikir barat.

"Semasa Tiesha kecil, saya memang selalu ikut mak saya pergi pertunjukandikir barat, jadi saya suka dengar. Apabila sudah dewasa, saya tak dengar langsung. Tapi selepas projek kita ini, saya rasa saya lebih minat kepada dikir barat sekarang," jelas Tiesha, penyanyi berusia 20 tahun yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik (Wanita), di Anugerah Planet Muzik 2018.

Bagi penyanyi rok, Iskandar Rawi, gabungan genre muzik berbeza itu memang amat dinantikannya.

"Sebagai pemuzik rok, saya memang betul-betul minat dan tertarik nak bergabung dengan Reyza dan Tiesha kerana saya rasa lagu ini memang penuh potensi dan kita dapat meluaskan lagi lagu-lagu raya yang baru. " katanya yang popular dengan lagunya 'Bergelora Tanpa Arah'.

INGIN LAGU DIJADIKAN SIULAN

Dari sambutan yang menggalakkan di WGS semalam, nampaknya, Dikiraya bakal menjadi siulan ramai.

"Setiap lagu klasik ada permulaannya. Dan saya yakin dengan lagu ini yang satu hari ia akan menjadi seperti lagu-lagu klasik yang lain di masa depan" jelas Tiesha dengan penuh harapan.

Acara yang berlangsung selama dua jam, turut juga menampilkan gandingan Reyza Hamizan bersama artis dari Malaysia, Kaka Azraff untuk duet berjudul 'Satu'.

Anda boleh menonton klip video muzik Dikiraya di YouTube, serta wadah-wadah muzik lain seperti Spotify dan iTunes. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan