Ramadan 2019

Images
  • jangan abaikan mereka
    'Jangan Abaikan Mereka' dokumentari khas yang memaparkan kisah kehidupan penerima zakat.

Kisah perit jerih penerima zakat dirakam dokumentari khas

SINGAPURA: Selama empat malam Sabtu sempena Ramadan ini, anda boleh menonton sebuah dokumentari khas yang memaparkan jerih payah kehidupan penerima zakat.

Episod pertama 'Jangan Abaikan Mereka' terbitan CNA disiarkan di Suria pada 9.00 malam tadi (10 Mei).

Setiap minggu, dokumentari tersebut akan memaparkan kisah sebuah keluarga penerima zakat mengharungi liku-liku kehidupan serta azam dan tekad keluarga itu yang mendambakan masa depan lebih baik.

Bahkan, juga ketahui bagaimana mereka mengatasi rintangan tersebut dan kini menyumbang kembali kepada masyarakat.

Siri pertama membawakan kisah Cik Rasidah dan suami yang membesarkan seorang anak istimewa.

Selain demi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengagihan zakat, daripada kisah-kisah ini, diharapkan masyarakat lebih jelas tentang bantuan yang dihulurkan MUIS serta agensi lain yang dirujuk pihak masjid.

Siri serupa dalam bahasa Inggeris, 'Living With Less', pula disiarkan di saluran CNA setiap Rabu, bermula kelmarin (8 Mei).

Siaran ulangannya pada Jumaat, bermula 10 Mei, pada 4.00 petang dan Ahad, 12.00 tengah hari.

Ia juga boleh diikuti menerusi wadah media sosial di laman utama CNA. 

- BERITAmediacorp/RU/fz

Top