Ramadan 2019

Images
  • kfc muhammadiyah
    Kanak-kanak PERTAPIS berbuka puasa di KFC.

KFC anjur Rumah Terbuka bagi kanak-kanak Pertapis berbuka puasa

SINGAPURA: Menjamu selera di restoran makanan segera mungkin suatu perkara biasa bagi ramai orang.

Namun, buat 37 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis, peluang makan di luar jarang sekali berlaku.

Menerusi usaha kebajikannya, restoran makanan segera KFC menjemput tetamu istimewa mereka ini ke cawangan terbesar dan tertuanya di Kallang untuk berbuka puasa dalam satu acara yang diadakan semalam (9 Mei).


Untuk memeriahkan lagi suasana, kanak-kanak berkenaan turut dihiburkan dengan pelbagai sajian menarik seperti permainan dan pertunjukan silap mata.

USAHA BAIK WAJIB DITERUSKAN

Pengalaman iftar itu diserikan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

"Bulan (Ramadan) inilah kita mahukan ciri-ciri memberi, menolong, menyumbang diterapkan kepada masyarakat Singapura.

"Apa yang kita mahu bangunkan adalah hati yang rasa prihatin serta kasih sayang sesama warga kita" kata Dr Faishal, yang berharap usaha rahmah ini dapat diteruskan walaupun selepas bulan Ramadan.

PENGHARGAAN BAGI SOKONGAN RAMAI

Menurut pengurus besar KFC, Cik Lynette Lee, usaha murni ini satu tanda terima kasih syarikatnya kepada sokongan masyarakat sejak KFC bertapak di sini 42 tahun yang lalu.

"Kami tahu Ramadan adalah masa yang penting dan sebahagian daripada budaya kita dan kami mahu memberikan kembali kepada masyarakat yang telah menyokong kami.

"Kami gembira untuk membawa kanak-kanak ini dan melihat keceriaan mereka dalam menjamu hidangan KFC ini, sangat menyenangkan kami." menurut Cik Lee, yang menguruskan sekitar 30 peratus pekerja Islam di syarikatnya.


Selain Pertapis, KFC juga akan menyumbang $3 kepada Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bagi setiap penjualan hidangan Ramadan 'Sharing Feast' yang dipesan dari khidmat penghantarannya dari 27 Mei hingga 5 Jun ini. 

- BERITAmediacorp/fz

Top