Ramadan & Syawal 2019

Images
  • barista
    Satu video menunjukkan seorang barista menerima duit raya dari pelanggannya. (Gambar: Twitter)

Kempen duit raya di media sosial sebar keceriaan kepada pekerja

KUALA LUMPUR: Lazimnya kanak-kanak dan orang tua saja yang mendapat duit raya pada musim perayaan ini. Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial telah mengambil inisiatif untuk menghadiahkan duit raya kepada orang-orang yang sudah pun bekerja.

Kempen memberi duit raya kepada golongan yang bekerja, atau dikenali sebagai #DuitRayaMovement tular di Twitter tiga hari lalu dengan satu video menunjukkan seorang barista menerima duit raya dari pelanggannya setelah memberikan minuman yang dipesan.

Individu yang memulakan inisiatif tersebut dikenali sebagai @amin_jameam, berdasarkan akaun Twitter miliknya.


Beliau bahkan menggalak dan menyeru masyarakat untuk berbuat perkara itu juga bagi menceriakan golongan yang bekerja semasa bulan Syawal ini.


Seruan beliau itu mendapat sambutan dengan ada pengguna media sosial yang turut berkongsi gambar dan video mereka memberikan duit raya kepada para pekerja seperti di tempat-tempat pandu lalu, stesen minyak dan kaunter bayaran.


Rata-rata, video 10 saat itu dipuji ramai pengguna media sosial kerana keikhlasan beliau dan mengingatkan mereka mengenai makna di sebalik pemberian duit raya.
Video @amin_jameam sudah ditonton lebih 500,000 kali dan dikongsi lebih 19,000 kali di Twitter. 

- BERITAmediacorp/NA/na

Top