Skip to main content

Iklan

Iklan

Kacang kuda juadah buka puasa Muslim Rohingya

Jika bubur lambuk menjadi sajian tradisi umat Islam di Malaysia ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan, masyarakat Rohingya pula menjadikan menu kacang kuda sebagai juadah utama mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Kacang kuda juadah buka puasa Muslim Rohingya

Anak-anak Rohingya di kem Balukhali di Cox's Bazar, Bangladesh. (Gambar: Mohammad Ponir Hossain/Reuters)

Diterbitkan : 21 May 2019 03:50PM Dikemas Kini : 21 May 2019 03:56PM

KUALA LUMPUR: Jika bubur lambuk menjadi sajian tradisi umat Islam di Malaysia ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan, masyarakat Rohingya pula menjadikan menu kacang kuda sebagai juadah utama mereka.

Menurut ketua masyarakat Rohingya di Pulau Pinang, Mohammad Islam Sultan Ahmed, 49 tahun, yang menetap di Butterworth, kacang kuda adalah juadah tradisional mereka kerana khasiatnya yang dapat memberikan tenaga dan rasa kenyang lebih lama.

Bernama melaporkan, beliau yang menetap di Malaysia sejak 1992 dan fasih berbahasa Melayu berkata selepas bersahur, mereka akan merendam kacang itu sehingga kembang, kira-kira selama enam jam.

“Kacang kuda ini digoreng bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus. Ada juga yang mencampurkan sedikit mi kuning, mengikut citarasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagi menu Hari Raya Aidilfitri pula, selain makanan tradisional tempatan seperti kuih raya, ketupat dan rendang, beliau berkata ‘Semai’ iaitu manisan diperbuat daripada sejenis bihun lembut dimasak dengan minyak sapi, susu, gula, sagu, kelapa parut dan kacang tanah menjadi juadah istimewa di pagi Syawal.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan